Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Football Festival Meraikan Sukan Bolasepak Terbesar Dunia World Cup 2014

Perlawanan merebut gelaran Juara Dunia untuk Piala Dunia 2014 tahun ini merupakan antara edisi yang agak mencabar dan mengejutkan. Lihat sahaja pasukan pilihan ramai seperti Sepanyol, Portugal, Italy serta England terpaksa pulang awal akibat gagal melepasi Pusingan Pertama Piala Dunia 2014 Brazil. Sebaliknya, pasukan seperti Algeria, Costa Rica, Croatia, Nigeria serta Chile berjaya melangkah ke Pusingan Kedua Group 16.

Football Festival 2014 Party One Utama

Football Festival 2014 One Utama

 

Dengan kemeriahan sambutan Piala Dunia 2014 kali ini, pihak Trad3mark dengan berbesar hati membawakan sambutan D Football Festival (Football Festival) sempena dengan perlawanan akhir Piala Dunia 2014 bertempat di Central Park Avenue, One Utama pada tarikh 13 Julai 2014. Sambutan untuk Perlawanan Akhir Piala Dunia 2014 ini akan bermula seawal jam 6.00 petang sehingga kemuncak perlawanan jam 3.00 pagi waktu Malaysia.

 

Ada berita baik untuk peminat-peminat bolasepak di Malaysia sempena Football Festival 2014 One Utama. Bagi anda yang sertai kemeriahan sambutan Perlawanan Akhir Piala Dunia 2014 di Central Park Avenue, One Utama ini pada 13 Julai 2014, anda berpeluang untuk memenangi sebuah kereta baru Mini Countryman yang bernilai sekitar RM200,000. 

 

Apa yang perlu anda buat? Hanya sertai kemeriahan D Football Festival 2014, kemudian teka berapa biji bola yang ada di dalam Mini Countryman tersebut dan mereka yang meneka tepat atau paling tepat akan membawa pulang kereta Mini Countryman ini. Wow!!!

 

 

 

Football Festival 2014 One Utama

 

Football Festival 2014 Party One Utama

 

 

Football Festival 2014 di One Utama ini juga akan diacarakan oleh pengacara Jun Yong dan Hunny Madu serta akan dibarisi oleh persembahan artis tempatan dan antarabangsa. Di samping menunggu kemeriahan sorakan perlawanan akhir Piala Dunia 2014, anda boleh nikmati showcase sepanjang D Football Festival 2014 ini.

 

Layari laman Fanpage D Football Festival dan LIKE Fanpage tersebut.

 

Pelbagai aktiviti sampingan turut di adakan sempena D Festivall Football One Utama ini seperti Face Painter, Stilt Walker, Freestyle Football dan bermacam-macam lagi. Hanya mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja yang dibenarkan masuk dan ia adalah PERCUMA. 

 

p/s : Alkohol dan Penggunaan sebarang Dadah tidak dibenarkan sama sekali.

 

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.