Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Fraser Hill Family Day Trip Pergi Pagi Balik Malam Part 1

Sesekali, kami nak cuba sesuatu yang baru. Kali ini, kami pilih untuk mencuba pengalaman bercuti ke Fraser Hill Family Day Trip Pergi Pagi Balik Malam. Satu pengalaman baru untuk kami sekeluarga kerana kami tidak pernah buat aktiviti seperti ini memandangkan perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke lokasi peranginan tersebut agak jauh dan memakan masa selama lebih 2 jam.

Seingat kami, kali terakhir kami sekeluarga naik menginap di sini, sekitar pada tahun 2008, sewaktu kakak dan adik masih berumur 4 dan 2 tahun. Lama sungguh. Hingga kini, selepas ada anak bongsu, sudah hampir 15 tahun kami tidak jejakkan kaki di Fraser Hill, Pahang.

Baca : Bukit Fraser di Pahang

Fraser Hill Family Day Trip

 


Fraser Hill Family Day Trip Pergi Pagi Balik Malam

Fraser Hill Family Day Trip

Fraser Hill Family Day Trip
 

Bukit Fraser ialah sebuah perkampungan gunung di Pahang, Semenanjung Malaysia, terkenal dengan hutan hujan tanah tinggi dan hidupan burung yang luas. Beberapa laluan alam semula jadi, termasuk Pine Tree Trail dan Bishop Trail, merentas rupa bumi hutan yang melindungi burung berhijrah seperti seriawan Siberia. Kawasan ini juga menampung harimau Malaya dan pokok oak trig yang jarang ditemui. Di kampung tersebut, ada Air Terjun Jeriau yang boleh anda teroka. Selain itu, ada juga aktiviti Bot kayuh merentasi Tasik Allan yang tenang.
 

Fraser Hill Family Day Trip

Fraser Hill Family Day Trip
 

Dari Kuala Lumpur, kami melalui Jalan Kuching, menuju ke lebuhraya bertingkat Rawang dan melalui laluan Serendah, Batang Kali, Rasa dan Kuala Kubu Baru. Perjalanan mula mendaki dari Kuala Kubu Baru dan melalui kawasan cantik di Empangan Sungai Selangor. Anda boleh singgah di tepi laluan ini dan nikmati keindahan alam sekitar empangan.

Selepas itu, pemanduan kami bermula dengan laluan yang lebih mencabar. Jalan sempit yang mendaki bukit serta selekoh tajam yang memerlukan anda lebih fokus. Dengan kelajuan purata sekitar 10kmj- 20kmj, ia akan memakan masa sekitar 45 minit untuk sampai ke puncak pekan Fraser Hill.
 

Fraser Hill Family Day Trip
 

Kami syorkan anda bertolak awal pagi untuk pengalaman Day Trip yang berbaloi. Ini kerana, di atas Fraser Hill, masih ada beberapa aktiviti yang boleh anda buat, termasuk meneroka alam sekitar di laluan hutan, memanah, menunggang kuda dan juga ke Tasik Allan. Tiba malam, jika anda mahu, ada beberapa lokasi yang boleh anda jadikan spot untuk berkhemah.

Bersambung… Fraser Hill Family Day Trip Part 2

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.