Site icon Travel Blogger Malaysia

Fremantle Markets Shopping Souvenirs Di Perth Western Australia

Fremantle Markets Shopping Souvenirs Di Perth Western Australia. Tempat nak beli barang cenderahati atau souvenirs di Perth, anda boleh ke Fremantle Markets. Kat Fremantle Markets ni memang terkenal dikalangan penduduk tempatan dan pelancong sebagai satu lokasi tumpuan ramai pada setiap hari.

Kalau memandu ke sini, ada beberapa tempat untuk anda letakkan kereta, tetapi perlu berhati-hati kerana beberapa ruang parkir di sebelah Fremantle Markets ni hanya membenarkan anda parkir untuk sekitar 1 hingga 2 jam sahaja.

Wikipedia

The Fremantle Markets is a public market located on the corner of South Terrace and Henderson Street, Fremantle, Western Australia.

Baca : Shopping di E-Shed Markets Perth Pun Menarik Juga

Built in 1897, it houses over 150 shops for craftspeople, fashion designers, and merchants in the historic Hall, and fresh food producers, vegetable growers and food retailers in The Yard. It is usually open on Friday, Saturday, and Sunday, and is a popular Fremantle tourist destination considered “a Fremantle institution”.

tempat popular Fremantle Markets Shopping Souvenirs

 


Fremantle Markets Shopping Souvenirs Perth Western Australia

Freemantle_Markets_Perth

Fremantle Markets ni terkenal sejak ratusan tahun dahulu lagi sebagai tumpuan warga kota membeli belah dan berurusniaga. Kat sini, ada banyak pilihan jual buahan, jual cenderahati, makanan tempatan dan pelbagai barang koleksi yang menjadi ikon produk Australia dan ruang-ruang cafe terbuka sebagai tempat santai warga sekitarnya.

MrJocko dan famili sempat singgah di sini ketika waktu tengahari. Nasib baik ada ruang parkir berdekatan dengan pintu masuk pasar. Malangnya, ia hanya untuk parkir 1 jam sahaja. Jadi, nak tak nak, kami hanya habiskan sekitar satu jam sahaja di sini, melihat apa yang ada.

Fremantle Markets Perth

Ya, memang banyak pilihan ada di Fremantle Markets ini. Dengan kelebihan sekitar 150 buah gerai yang ada di dalam dan sekitar pasar ini, macam-macam yang menarik boleh anda jumpa di sini. 

Kalau di Kuala Lumpur, ia mungkin boleh disamakan dengan konsep Central Market, punyai konsep ruang kedai yang agak sama. Pun begitu, di Fremantle Markets ini hanya ada 1 tingkat sahaja dan ia ada 2 bahagian utama iaitu ruang jualan makanan dan juga ruang jualan pakaian atau aksesori serta barangan lain.

Memandangkan ini lokasi jualan barangan cenderahati kami yang pertama kami singgah di Perth, wife MrJocko sempat la beli 3 – 4 jenis souvenirs untuk rakan-rakan di Malaysia. Tapi, bila kami check bali harga gifts yang di beli di sini berbanding satu lokasi lagi, ia memang lebih mahal. 

Ya, memang pasar Fremantle ni terkenal sejak dulu di kalangan pelancong sebagai tempat membeli barangan cenderahati. Tetapi, bagi pandangan MrJocko, ada lokasi lain yang lebih sesuai untuk anda, orang Malaysia untuk membeli barangan cenderahati, tshirt dan juga barangan kenangan lain, produk yang punyai trademark Australia.

Nak tahu tempat shopping menarik di Perth? Nanti baca di entry MrJocko lepas ni…

Exit mobile version