Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Fried Prawn Tamarind Sesi Master Class Amina El Shafei

Rabu lepas MrJocko dijemput untuk ke majlis Buka Puasa bersama Amina El Shafei anjuran Lifetime TV atau Saluran 709 Lifetime Astro. Selepas berbuka, Amina menyediakan dua menu masakan yang akan beliau kongsi dalam buku resepi terbarunya iaitu Fried Prawn Tamarind atau Udang Goreng Asam Jawa dan juga pencuci mulut Apam Sira.
Udang Goreng Asam Jawa yang sedap

hasil masakan Amina Mastercef Australia 4 untuk kami
Lihat saja Amina masak menu Udang Goreng Asam Jawa ni sekejap jer, tak sampai 10 minit. Hasilnya memang superb. Rasa udang goreng hasil tangan Amina memang sedap, yum yum,,, No wonder la dia boleh masuk Masterchef Australia 4 dan salah seorang peserta Top 10 dalam Masterchef Australia 4.
Resepi UDANG Amina El Shafei MASTERCHEF AUSTRALIA 4 Tahun 2012
– 2 1/2 sudu pes ASAM JAWA
– 2 ulas bawang merah
– 2 batang serai (diketuk)
– 2 ulas bawang putih
– 1 inci lengkuas
– 4 cili merah ( dipotong )
– sedikit daun ketumbar ( untuk hiasan )
– 2 sudu minyak sayuran
– 1 sudu gula dan garam
– sedikit air
– sepotong kunyit
– 20 ekor udang besar
CARA MEMASAK :-
>> Tumis bahan di atas setelah panaskan minyak
>> Apabila dah naik bau masukkan semua udang tadi
>> Kacau hingga sebati udang tersebut dengan ramuan yang kita TUMIS
>> Lebih kurang dalam 3 MINIT UDANG boleh dihidangkan
>> Hirisan limau dan daun ketumbar untuk hiasan . SIAP UNTUK dihidang.
Kredit Resepi dari : Bro Hazman Fadzil 🙂

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.