Isu Semasa Fungsi Rokok Elektrik Vapor
|
Terus terang MrJocko nak bagitahu, MrJocko bukan seorang smoker dan tak pernah cuba pun nak menjadi seorang smoker. Tetapi bila timbul isu ramai member-member yang perokok tembakau tegar kini beralih ke e-rokok yang dikategorikan dalam group Vapor, teringin nak bagi pendapat peribadi.
Paling rasa terpanggil bila ada berita dari pihak berwajib mengatakan rokok Vapor ini banyak mudarat kepada kesihatan dan penjualan Vapor ini memerlukan lesen tertentu.
Baca : Isu E-Rokok Bahaya Atau Tidak
Isu Semasa Fungsi Rokok Elektrik Vapor
Sebagai orang yang tidak merokok dan berkawan dengan ramai perokok, MrJocko setuju dengan hujah-hujah dibawah ini. Banyak fungsi rokok elektronik Vapor ini, diAntaranya :
1. Tiada Tar dan bahan beracun
2. Tidak membahayakan kepada orang lain
3. Tiada kesan Second Hand Smoking
4. Boleh merokok ditempat umum
5. Dengan cara yang betul, boleh membantu perokok tegar berhenti merokok
6. Mengurangkan Kos Merokok
7. Tiada bahaya Api
8. Boleh merokok di dalam kereta
9. Tiada bau busuk, habuk dan puntung rokok
10. Tidak mengaratkan Gigi
11. Ada pelbagai perisa
Jadi sebagai member yang bukan perokok, secara peribadi, saya senang bersama kawan-kawan yang berubah kepada rokok elektrik Vapor ini.
Kenyataan pihak berwajib mengenai bahaya rokok elektrik ini mungkin juga ada asas, tetapi secara peribadi, rokok eletrik jauh lebih baik berbanding rokok tembakau.