Gadget Review Gambar Dari Galaxy Note9
|Hampir 2 bulan menggunakan smartphone Samsung Galaxy Note9, MrJocko memang sangat berpuas hati. Sebagai normal user dan banyak ambil gambar dengan smartphone, ini peranti terbaik untuk mereka yang gila bergambar dan sukarakam video. Ini entry Gadget Review Gambar Dari Galaxy Note9.
Baru sekali test gambar dari kamera Galaxy Note9, saya dah teruja. Ya, ia semakin jelas, semakin baik dan punyai kualiti rakaman gambar dan video terbaik setakat ini.
Gadget Review Gambar Dari Galaxy Note9
Nak tahu kat mana nak beli smartphone Galaxy Note9 boleh baca entry terdahulu MrJocko di pautan ini :
Unboxing Smartphone Galaxy Note9
http://www.mrjocko.com/2018/10/unboxing-galaxy-note9-midnight-black.html
Rekod Video Hyperlapse guna Galaxy Note9
http://www.mrjocko.com/2018/11/gadget-review-rekod-video-hyperlapse-guna-galaxy-note9.html
Review Gambar Dari Galaxy Note9
Untuk peminat haiwan peliharaan, liha contoh gambar yang MrJocko ambil. Gambar Kucing dan akuarium ini, nampak sangat jelas. Gambar ini ditangkap, menggunakan setting ‘AUTO’. Kalau pandai edit gambar, pasti lebih cantik.
Hasil dari fungsi kamera ‘Live Focus’ pada Galaxy Note9 memang banyak membantu mencantikkan dan menghidupkan gambar.
Kualiti gambar outdoor, diwaktu siang dengan cahaya matahari yang terang, ia lebih menyerlah dan lebih jelas, Tak perlu jadi ‘professional’ cuma guna fungsi Auto. Sebagai info, gambar ini di ambil oleh anak MrJocko yang berusia 12 tahun.
Gambar makanan pun akan jadi lebih menarik. Jika anda guna kamera ini dalam mode ‘Auto’, bila setiap kali nak ambil gambar, akan ada tertera di skrin ‘food’. Secara automatik, struktur gambar ini akan terakam dalam setting bersesuain dengan gambar makanan.
Andai kata korang nak rakam gambar produk, mana tahu ada buat business jualan secara online seperti MrJocko, gambar yan gdiambil sangat jelas. Ia akan beri kelebihan bila menjual produk online dengan berserta gambar produk yang jelas dan terang. Pasti potential klien akan lebih mudah melihat produk di internet dan membuat pilihan.
Untuk kaki selfie, ini juga kamera untuk anda semua. Buka sahaja ada fungsi Wide Selfie, ia juga ada Live Focus Selfie yang memberikan kesan background ‘blur’ dan fokus muka anda dengan jelas dan lebih hidup. Oh ya, jangan lupa, ia ada auto beauty yang natural, tak seperti sesetengah smartphone yang terlalu fake dalam fungsi ‘beauty’.
Ada banyak contoh gambar yang MrJocko ambil diwaktu malam. Tetapi, cukup la untuk 2 gambar ini sebagai gambara untuk kualiti gambar yang dirakam menggunakan Galaxy Note9 dengan keadaan ‘Low Light’. Secara peribadi, hasil gambar guna Galaxy Note9 di waktu malam, sangat memuaskan.
Dalam sesetengah keadaan, hasil gambar dari Note9 jauh lebih baik dari kamera Kompak DSLR biasa.
Baca : MrJocko dan Gadget Review
Untuk pengetahuan asas korang semua, teknik mengambil gambar yang betul juga boleh membantu anda untuk mendapatkan hasil gambar yang cantik walaupun melalui smartphone.
Kalau nak lihat banyak lagi review hasil gambar dari smartphone Galaxy Note9 ini boleh lihat contoh yang dikongsi di laman web : Photography Blog
https://www.photographyblog.com/reviews/samsung_galaxy_note_9_review/preview_images/