Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Gadget Review Huawei Freebuds Pro 2 Malaysia

Sepasang fon telinga baru dari Huawei Malaysia ini memang mengujakan kami. Selepas 2 minggu menggunakan peranti ini, hampir setiap hari, kami ingin berkongsi pengalaman kami sendiri dengan pandangan kami, Gadget Review Huawei Freebuds Pro 2 Malaysia. Peranti hebat ini sememangnya punyai keistimewaan tersendiri, hasil binaan dari jurutera elektronik hebat dunia.

Model ini baru sahaja dilancarkan pertengahan tahun 2022. Antara model terkini dan terbaik pernah Huawei hasilkan. Paling ketara bagi kami, rekaannya yang kecil, unik dan senang dibawa kemana-mana sahaja. Letak dalam poket depan, saku baju, beg sandang dan ia akan meneneman anda seharian.

Baca : Unboxing Huawei Freebuds Pro 2 Malaysia

Gadget Review Huawei Freebuds Pro 2

 


Gadget Review Huawei Freebuds Pro 2 Malaysia

Gadget-Review-Huawei-Freebuds-Pro-2-04
 

Untuk model Freebuds Pro 2 ini, kami akui ia mempunyai kualiti panggilan suara yang jelas dan menawarkan pembatalan bunyi aktif yang terbaik, dua fungsi yang diakui berbaloi oleh FreeBuds Pro. Namun kualiti bunyi dan audio muzik bukanlah yang terbaik jika nak dibandingkan dengan ‘earbuds lain’, yang anda boleh dapatkan pada harga Pro. Tetapi, ia masih boleh menjadi pembelian bebrbaloi untuk anda.

Pun begitu, produk ini patut dipuji kerana, setelah memasuki pasaran fon telinga tanpa wayar sebenar pada tahun 2018 dengan FreeBuds yang pertama, kualiti audio Huawei telah menjadi semakin baik. Secara keseluruhan, ia adalah peranti mampu milik dan berbaloi untuk semua.
 

Gadget-Review-Huawei-Freebuds-Pro-2-02

Gadget-Review-Huawei-Freebuds-Pro-2-03

Gadget-Review-Huawei-Freebuds-Pro-2-05

Gadget-Review-Huawei-Freebuds-Pro-2-06
 

Kami sendiri sudah cuba peranti Freebuds Pro 2 ini ketika memandu, digunakan untuk membuat dan menerima panggilan telefon. Hasilnya sangat memuaskan. Penerima panggilan anda boleh mendengar dengan jelas apa yang kita sampaikan dan kita juga boleh mendengar dengan jelas apa yang disampaikan.

Untuk hiburan seharian, kami cuba untuk pautkan Freebuds Pro 2 ini dengan iOS dan juga Android. Ya, ia berhasil dengan jaya dan mempunyai hasil audio bunyi yang berbaloi.

Sebab itu, walaupun Huawei mempunyai Operating System sendiri, Harmony 2.0. namun peranti mereka seperti ini masih boleh digabungkan dengan iOS dan Android.
 

Gadget-Review-Huawei-Freebuds-Pro-2-08
 

Kami juga beberapa kali mencuba peranti ini ketika ‘window shopping’ di dalam shopping mall. Ia memang terbaik dengan pegangan bunyi yang terhasil dari telefon pintar masih lagi memberikan hasil berkualiti.

Jika anda menggunakannya secara aktif, ia boleh bertahan sehingga 6 jam dengan tambahan cas kembali menggunakan penutup khas Freebuds Pro 2 ini. Padu kan???

Huawei Freebuds Pro 2 datang dengan 3 warna istimewa iaitu Silver Blue, Silver Frost dan Ceramic White. Anda boleh membelinya di pautan rasmi Huawei Malaysia dengan harga RM899 atau di outlet wakil penjual sah Huawei di seluruh negara.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.