Gadget Review Seagate Barracuda 8TB 3.5 HDD Harga Puas Hati
|Sebelum ini saya ada 3 pcs External Hard Disk bersaiz 1TB setiap satu. Tak cukup untuk muatkan semua files yang saya ada. Sebab itu, saya beli storan baru. Ini dia Gadget Review Seagate Barracuda 8TB 3.5 HDD Harga Puas Hati. Saiz sebesar ini, lebih dari cukup untuk muatkan files saya selama 10 tahun.
Bayangkan, setiap kali travel, saya akan ambil sekitar 2000 pcs gambar, sekitar 5GB. Bayangkan sejak tahun 2010 hingga kini, saya dah kumpul sekitar 3TB gambar dan video. Sebab itu, saya perlukan storan yang lebih besar. Solusinya, Seagate untuk simpanan files saya. Kali ni nak cari saiz 8TB.
Baca : Harga Portable Drive Seagate 1TB
Gadget Review Seagate Barracuda 8TB 3.5 HDD Harga Puas Hati
Produk storan Seagate sudah lama dipercayai di Malaysia. Saya sendiri dah guna External Hard Disk Seagate sejak dari tahun 2015. Kalau dulu di pejabat lama, desktop (komputer meja) memang menggunakan HDD 3.5″ Seagate. Tapi, lupa HDD Seagate pulak model apa.
Yang menarik tentang Seagate Barracuda 3.5″ HDD ini?
1. Seagate Barracuda 3.5″ HDD ini serba boleh untuk semua keperluan PC anda. Samada untuk dipasang di komputer meja (desktop) ataupun dijadikan External Hard Disk.
2. Berpengalaman selama lebih dari 20 tahun, jenis BarraCuda telah menyampaikan storan yang boleh dipercayai untuk industri cakera keras.
3. Setakat ini, kapasiti sehingga 8TB untuk desktop, BarraCuda memimpin pasaran dengan pelbagai pilihan storan yang tersedia.
4. Mod Kuasa Lanjutan membantu menjimatkan tenaga tanpa mengurangkankan prestasi.
5. Antaramuka SATA 6Gb/s mengoptimumkan prestasi pecah.
6. Seagate Secure®models menyediakan keselamatan data berasaskan perkakasan Drive (SED) dan memberikan ciri Pemadaman Selamat Segera untuk persaraan memandu yang selamat, cepat dan mudah. Produk ini memenuhi spesifikasi sanitasi media NIST 800-88 dan juga menyokong standard Opal Terpadu Kumpulan Komputer (TCG ).2,3
Untuk model Seagate Barracuda 8TB 3.5″ HDD ini, saya gunakan sebagai External Hard Disk. Mudah dengan menggunakan Docking System, saya dapat gunakan untuk menyimpan fail gambar dan video sepanjang saya menggunakan kamera digital.
Bayangkan, files berbelas Gigabytes dipindahkan dengan masa yang sangat cepat. Berbaloi guna external harddisk Seagate Barracuda 8TB 3.5″ HDD.
Baca : MrJocko dan Gadget Review

Kalau anda berminat nak cari storan yang berkualiti seperti ini, bolah cari di beberapa lokasi kedai yang terpilih menjual produk Seagate termasuk di All Hypermarket, Thunder Match Technology dan beberapa kedai IT sekitar Lowyat dan Kuala Lumpur.

Pastikan anda beli dari kedai yang sah untuk menyakinkan bahawa produk Seagate ini datang dengan Warranty.
Maklumat lanjut tentang Seagate Barracuda, klik sini.