Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kalau Gaji RM6,000 Sebulan Cukup Untuk Beli Rumah?

Kalau Gaji RM6,000 Sebulan Cukup Untuk Beli Rumah? Semalam, ada kawan kongsi artikel. Maaf tak sempat nak rujuk, artikel yang di copy paste ini datang dari surat khabar mana. Tapi isu yang dikongsi amat menarik perhatian MrJocko. Persoalan di mana, jika anda berpendapatan di bawah RM6,000 sebulan, berada di kawasan bandaraya besar seperti Kuala Lumpur, Penang dan Johor Bahru, mampu kah anda membeli sebuah rumah teres yang rata-rata masa ini berharga sekitar RM400,000 hingga ke RM600,000.

MrJocko mengambil contoh harga rumah semahal itu kerana dibandingkan dengan hidup MrJocko di bandaraya besar, Kuala Lumpur.

Baca : Patut Beli Atau Sewa Rumah

 


Kalau Gaji RM6,000 Sebulan Cukup Untuk Beli Rumah?

Apa yang penulis kongsi di sini ada banyak kebenarannya dan rasa kerdil pulak bila realiti sebenar kadang-kadang lebih dari nilai RM6,000 kalau kita nak ‘hidup’ di bandar besar seperti di Kuala Lumpur. Kalau tidak, terpaksa buat duat kerja, terpaksa kerja part time.


 

Nak kupas panjang lebar, rasanya tak perlu. Anda sendiri boleh menilai kedudukan anda kat mana sekarang. Memang di Kuala Lumpur banyak kondo baru, perumahan baru serta hartanah baru yang pesat membangun. Antaranya kawasan rumah MrJocko, sekitar Mont Kiara dan Hartamas. Rumah cantik, mewah dan sangat cantik persekitaran. Tetapi realitinya, mungkin hampir 90% yang menjadi pemilik hartanah berkenaan ialah syarikat atau bukan bumiputera. Salah mereka kah bila mereka punya hartanah mahal sebegitu??? Bukan,,, bukan salah mereka.

Jadikan itu pencetus semangat kita, bahawa kita orang Malaysia, bumiputera, patut lebih layak untuk dapat pendapatan lebih dari RM6,000 sebulan. Kita patut lebih kaya dari foreigners kerana ini negara kita, tanah tumpah darah kita.

Jom sama-sama kita majukan diri rebut peluang yang ada. Jangan salahkan orang lain kalau kita ketinggalan. Semak balik, kenapa kita ketinggalan, mungkin ada sebab dan penyebab yang kita tak pernah sedar dan akui. Cakap banyak tidak guna, usaha yang berterusan itu penting. Kalau orang lain boleh buat, kita pun boleh buat. 

Adakah kita, majoriti bumiputera akan tinggal di Flat atau Apartment sahaja selama-lamanya???

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.