Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Samsung Galaxy A13 5G Telefon Hyper Fast Termurah

Samsung Galaxy A13 5G Telefon Hyper Fast Termurah. Samsung Malaysia Electronics hari ini mengumumkan keluaran terbaharu mereka daripada barisan siri Galaxy A. Barisan siri Galaxy ini direka untuk memberi pengguna telefon pintar ini kuasa untuk menikmati ciri-ciri hebat bersama inovasi terbaru Samsung pada harga yang mampu milik dan Galaxy A13 5G, adalah produk yang sempurna.

Yang lebih menarik, model Galaxy A13 5G diperkenalkan untuk sasaran pengguna yang mahukan telefon pintar yang pantas, tetapi dengan harga jualan yang murah dan semestinya berbaloi. Pastinya, kali ini, ia datang dengan design yang lebih menarik dan spesifikasi lebih pantas dengan harga hanya RM1,099 sahaja.

Baca : Unboxing Samsung Galaxy A33

Galaxy A13 5G Telefon Hyper Fast

 


Samsung Galaxy A13 5G Telefon Hyper Fast Termurah


 

Memang sangat penting pada era kini untuk memiliki peranti yang bukan sahaja datang dengan ciri-ciri yang menakjubkan tetapi juga satu yang dapat bersama sepanjang hari dengan anda. Dengan Galaxy A13 5G, bateri 5,000mAh [Nilai tipikal yang diuji di bawah keadaan makmal pihak ketiga. Nilai tipikal adalah anggaran nilai purata memandangkan sisihan kapasiti bateri di kalangan sampel bateri yang diuji di bawah piawaian IEC 61960. Kapasiti dinilai (minimum) ialah 4,900mAh.] boleh bertahan – bukan satu, tetapi – dua hari [ Hayat bateri sebenar berbeza mengikut persekitaran rangkaian, ciri dan aplikasi yang digunakan, kekerapan panggilan dan mesej, bilangan kali dicas dan banyak faktor lain.].

Selain itu, Galaxy A13 5G juga menyokong rangkaian 5G, yang membolehkan anda mengejar dan menjalani hari anda dengan lancar.

Sama ada bermain game atau mendail panggilan dengan pensyarah atau mesyuarat penting dari keselesaan rumah, anda tidak perlu bimbang tentang kehilangan butiran penting.
 


 

Tidak dilupakan juga, Galaxy A13 5G dilengkapi dengan pemproses Octa-Core sehingga 6GB RAM dan storan dalaman 128GB. Sama ada menggunakan peranti ini untuk hiburan atau sesuatu yang lebih serius, peranti ini tidak akan mengecewakan anda. Sekiranya anda memerlukan lebih banyak ruang untuk menyimpan banyak kenangan manis anda, tambahkan sahaja storan dengan kad microSD sehingga 1TB[ Kad SD dijual secara berasingan.].

Kamera yang baik kini dijangka dalam mana-mana peranti mudah alih kerana fungsi-fungsinya. Sama ada untuk pembelajaran hibrid, atau untuk melakar kenangan abadi melalui vlog, ketiga-tiga kamera Galaxy A13 5G dapat memenuhi kehendak anda. Peranti ini menampilkan kamera utama 50MP yang membolehkan anda menangkap memori kegemaran anda kerana kamera makro 2MP dan kamera kedalaman 2MP membolehkan anda menambah watak pada imej dengan perincian yang luar biasa. Akhirnya, kamera depan 5MP dapat menghasilkan kesan bokeh – kesan yang boleh membawa swafoto anda ke peringkat seterusnya.
 


 

Paparan HD+ Infinity-V 6.5-inci[ Skrin diukur secara menyerong sebagai segi empat tepat penuh tanpa mengambil kira sudut bulat.] membolehkan anda menyunting imej dan video anda dengan mudah melalui skrin besar. Kemudian, gunakan peranti anda dengan aman dan memelihara kenangan atau maklumat sensitif dari malware dan segala ancaman dengan Samsung Knox.

Selain itu, Galaxy A13 5G juga mempunyai Dolby Atmos® [Kandungan atmos khusus secara automatik menggunakan bunyi sekeliling, walaupun dimatikan] yang membawa pengalaman visual anda ke peringkat seterusnya semasa anda bermain permainan atau menggunakan kandungan hiburan untuk audio yang lebih mengasyikkan dan menawan.

Kami memang syorkan anda untuk mendapatkan Galaxy A13 5G hari ini dengan harga runcit yang disyorkan hanya RM1,099. Peranti ini terdapat dalam tiga warna yang menakjubkan iaitu Light Blue, Black dan Orange.

Maklumat lanjut tentang Galaxy A13 5G, layari pautan ini : https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a13-5g-light-blue-128gb-sm-a136blbhxme/

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.