Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Jom Sertai Galaxy Unpacked August 2022 Unfold Your World

Ada sesuatu yang lebih menarik pada bulan Ogos 2022. Jom Sertai Galaxy Unpacked August 2022 Unfold Your World untuk alami sendiri apa yang bakal menanti anda. Sesuatu yang pasti akan mengujakan kita semua dengan koleksi terbaru peranti hebat dari Samsung. Selepas Samsung Glaxy Unpacked 2021 yang memperkenalkan Galaxy Z Fold 3, Galaxy Z Flip 3, Galaxy Watch 4 dan beberapa model lain, pastinya ramai peminat Samsung tak sabar dengan kemunculan sesuatu yang lebih ghairah.

Inovasi peranti bukan hanya tentang idea radikal, ia tentang membuka pengalaman baharu yang mengubah kehidupan seharian menjadi yang lebih baik. Inovasi yang bermakna melangkaui teknikal dan menyediakan platform di mana kehidupan seharian kita menjadi lebih kaya dan lebih serba boleh. Ia membuka peluang kita kepada kemungkinan yang lebih besar daripada sebelumnya.

Baca : Samsung Galaxy Unpacked 2021

Galaxy Unpacked August 2022

 


Galaxy Unpacked August 2022 Unfold Your World

Galaxy Unpacked August 2022 Unfold Your World
 

Untuk melihat bagaimana kemungkinan yang lebih besar ini akan berlaku, sertai Samsung Electronics pada 10 Ogos dan ketahui cara syarikat itu menolak sempadan, menentang konvensyen dan membuka pintu kepada pengalaman baharu. Galaxy Unpacked akan berlangsung 9 malam MYT, distrim langsung di Samsung.com/my dan saluran YouTube Samsung Malaysia.

Kalau sebelum ini ramai yang menonton Samsung Galaxy Unpacked February 2022, sangat teruja dengan persembahan peranti yang diperkenalkan. Galaxy S22 Series dan Galaxy Tab S8 Series antara yang menjadi bualan hingga hari ini. Dengan persembahan kali ini, pastinya akan lebih terpesona dengan model-model terbaharu Samsung ini.

Kami menjangkakan akan ada model baru Galaxy Z Fold 4 dan Galaxy Z Flip 4, telefon pintar lipat generasi terbaik setakat ini. Anda juga boleh menjangkakan set Galaxy Buds baharu, mungkin pengganti kepada model Buds Pro dan Buds Live, di samping jam pintar Galaxy Watch yang lebih maju.
 

Galaxy Unpacked August 2022 Unfold Your World

Galaxy Unpacked August 2022 Unfold Your World
 

Mulai sekarang sehingga 10 Ogos, daftar minat anda di www.samsung.com/my/unpacked/ untuk menerima kemas kini informasi awal tentang inovasi terbaharu peranti dan produk Samsung. Selain itu, anda akan berpeluang menerima e-baucar Samsung RM200 yang boleh anda gunakan selepas anda membuat pra-pesanan Galaxy seterusnya!

[Penebusan e-baucar RM200 hanya tersedia untuk prapesanan Galaxy seterusnya oleh pelanggan berdaftar. Terhad kepada satu penebusan bagi setiap pelanggan. Siapa cepat dia dapat, dilayan dahulu dan tertakluk pada ketersediaan. Penebusan RM200 terhad kepada saluran terpilih sahaja. Tertakluk kepada terma dan syarat.]

Pastikan anda melawat Bilik Berita Samsung Malaysia dan Samsung Mobile Press untuk lebih banyak penggoda dan treler yang akan datang untuk acara tersebut.

Jumpa anda di Galaxy Unpacked 2022!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.