Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Dalam Poket Galaxy Z Flip3 Saiz Kecil Tapi Performance Power

Pasti ramai yang tak sangka, telefon lipat dalam poket Galaxy Z Flip3 Saiz Kecil Tapi Performance Power. Peranti terbaru dari Samsung ini, kini menjadi semakin viral dan pilihan ramai peminat smartphone dengan rekaan lipat, kapasiti penambahbaikan yang terkini dengan teknologi ‘folding smartphone’ paling terkini di dunia. Boleh percaya ada telefon yang skrinnya boleh dilipat?

Tidak seperti jenama lain sebelum ini yang dilipat dari dua komponen, yang ini, ia boleh dilipat termasuk paparan skrin depan. Terbukti dengan research & development dari pakar-pakar dan engineer dari Samsung, model boleh lipat seperti Galaxy X Flip3 dan Galaxy Z Fold3 tiada tandingan setakat ini.

Baca : Pelancaran Rasmi Galaxy Z Series Di Samsung Malaysia

Galaxy Z Flip3 Saiz Kecil

 


Dalam Poket Galaxy Z Flip3 Saiz Kecil Tapi Performance Power

Galaxy Z Flip3 Saiz Kecil

Galaxy Z Flip3 Saiz Kecil
 

Samsung Galaxy Z Flip 3 adalah clamshell terbaik yang boleh anda lipat, dengan spesifikasi dan harga yang berbaloi dengan ternologi terkini telefon bimbit. Jika anda mahukan telefon yang dilipat muat dalam lebih banyak beg dan poket, tetapi menawarkan prestasi yang ‘power’ dengan telefon utama, Galaxy Z Flip 3 adalah pilihan yang terbaik untuk dibeli hari ini.
 

Galaxy Z Flip3 Saiz Kecil
Poket Belakang
Galaxy Z Flip3 Saiz Kecil
Poket Depan
Galaxy Z Flip3 Saiz Kecil
Poket Sisi Jogger Pants

Galaxy Z Flip3 Saiz Kecil
 

Kalau orang lelaki seperti saya, banyak tempat boleh saya sumbat smartphone ini samada dipoket belakang, poket depan dan juga poket sini. Kalau pakai jaket, senang saja selit di kiri dan kanan.

Untuk yang selalu dengan beg, lagi banyak pilihan. Saiznya yang kecil, separuh saiz tapak tangan, boleh diselitkan dimana-mana ruang di dalam sling bag, waist bag, pouch bag atau beg tangan anda.
 

Galaxy Z Flip3 Saiz Kecil
 

Pilih lah warna yang anda minat, samada warna Cream White, Phantom Black, Green ataupun Lavender. Kesemua model ini, tampak lebih cantik dengan rekaan yang tersedia.

Harga Samsung Galaxy Z Flip3 5G kapasiti Storan 128GB dan RAM 8GB hanya RM3,999 dan untuk kapasiti 256GB dan RAM 8G hanya RM4,199 sahaja dengan tambahan voucher percuma (selagi promosi berlangsung).

Beli smartphone Samsung Malaysia murah dan trusted seller secara online di sini.

Hanya beberapa tahun yang lalu, model telefon lipat hanyalah percubaan futuristik. Kini dengan kehadiran Samsung Galaxy Z Flip3, dengan teknologi baru, kita sudah lihat bahawa ia sudah mendapat tempat dihati peminat gajet dunia. Minggu pertaa sahaja, sudah menerima tempahan lebih dari 450000 unit. Ini adalah bukti bahawa konsep ini diterima oleh peminat smartphone dunia.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.