Galaxy Z Fold3 Dan Galaxy Z Flip3 Terima 450,000 Unit Tempahan
|Seperti ‘pisang goreng panas’, Galaxy Z Fold3 Dan Galaxy Z Flip3 Terima 450,000 Unit Tempahan. Menurut The Korea Herald, angka pra-pesanan menunjukkan bahawa kedua-dua model ini diterima dengan baik oleh pengguna serata dunia. Di Korea Selatan sendiri, model ini dilaporkan sudah menerima kira-kira 450,000 unit tempahan dari kedua-dua telefon pintar yang boleh dilipat itu.
Tempahan awal telah dipesan sejak tarikh 22 Ogos 2021 yang laly. Galaxy Z Fold3 5G dan Galaxy Z Flip3 5G dilaporkan dikeluarkan dari rak lebih cepat dari sebelumnya pra-pesanan model sebelum ini, Galaxy Z Fold2 sebanyak 80,000 unit, iaitu 2 kali dari Galaxy S21 dan 1.5 kali dari Galaxy Note20.
Baca : Cantiknya Model Samsung Galaxy Z Fold3 dan Galaxy Z Flip3
Galaxy Z Fold3 Dan Galaxy Z Flip3 Terima 450,000 Unit Tempahan
Menurut artikel tersebut, jumlah pra-pesanan berpotensi mencapai hingga 600.000 unit digabungkan dan jika unit terkunci juga dihitung, jumlah pra-pesanan dapat mencecah 800.000 unit!
Ketahui lebih lanjut di bawah mengenai tajuk tajuk media berikut:
Channel News Australia: Permintaan Pra Pesanan Besar Untuk Telefon Lipat Samsung
The Nation Thailand: Telefon lipat baru Samsung menarik pesanan awal
Phone Arena : 5G Galaxy Z Fold 3, pra-pesanan Galaxy Z Flip 3 dilaporkan menunjukkan permintaan yang tinggi
Secara peribadi, saya mengjangkakan model ini menjadi pilihan ramai kerana ia sudah lebih maju ke hadapan dan sangat berbeza dengan model petak empat segi biasa sebelum ini. Dengan adanya pilihan telefon pintar lipat ini, ia beri gaya telefon pintar baru dan menjadi buruan kaki hype seluruh dunia.
Galaxy Z Fold3 Dan Galaxy Z Flip3 Terima Tempahan
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran pra-pesanan, sila kunjungi: Galaxy Z Siries Pre-Order Untuk Tahun 2021
Untuk membuat pra-pesanan peranti Galaxy terkini, sila klik di pautan di bawah:
Galaxy Z Fold3: www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-z-fold3-5g/buy/
Galaxy Z Flip3: www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-z-flip3-5g/buy/
Galaxy Watch4 Classic: https://www.samsung.com/my/watches/galaxy-watch/galaxy-watch4-classic-black-bluetooth-sm-r880nzkaxme/buy/
Galaxy Watch4: https://www.samsung.com/my/watches/galaxy-watch/galaxy-watch4-black-bluetooth-sm-r870nzkaxme/buy/
Ya mungkin harga model-model ini agak mahal sedikit berbanding model sebelum ini, tetapi untuk kualiti dan teknologi yang dibina dalam peranti ini, ia sesuatu yang diluar jangkaan anda.
Galaxy Z Fold3 yang hadir dengan skrin boleh lipat serta SPen memberikan ia satu peranti terhebat setakat ini. Manakala Galaxy Z Flip3, dengan rekaan yang simple sangat sesuai denga gaya wanita moden tetapi tetap kekal dengan gaya elegan.
Kongsikan pandangan anda, mana satu yang lebih cantik, Galaxy Z Fold atau Galaxy Z Flip3???