Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Gambar Beratur Panjang Di Baskin Robbins

Sempena dengan kemenangan Dato Lee Chong Wei membawa pulang Pingat Perak Olimpik London 2012 dalam sukan Badminton Perseorangan, Baskin Robbins menawarkan satu Scoop Aiskrim kepada semua rakyat Malaysia.Hari ini, Rabu, 8 Ogos 2012 pihak Baskin Robbins memberi slot untuk agihan Satu Scoop Aiskrim percuma kepada rakyat Malaysia bermula jam 8.00 hingga 10.00 malam.MrJocko tak pergi, cuma share gambar-gambar orang beratur untuk dapatkan Satu Scoop Baskin Robbins PERCUMA di hampir semua outlet Baskin Robbins di Malaysia.Ada juga member yang mengkritik kononnya tak berbaloi beratur panjang semata-mata nak dapatkan satu scoop. Ada pula mengeluh kerana ia dibuat masa umat Islam tengah bersiap nak Solat Terawih.Pendapat MrJocko, pertama sekali, sesiapa saja yang bagi cadangan untuk memberikan Satu Scoop Aiskrim Baskin Robbins secara percuma kepada rakyat Malaysia, jika Lee Chong Wei menang Pingat Emas Olimpik London 2012 adalah idea yang sangat bijak, kreatif dan menguntungkan pihak Baskin Robbins.Kenapa? Kerana dalam masa seminggu sahaja, nama Baskin Robbins menjadi buah mulut hampir separuh rakyat Malaysia, mungkin 14 juta orang, yang kini sudah kenal Logo Baskin Robbins. Kalau korang berada di bidang Marketing, korang akan tahu bukan senang nak dapatkan Publisiti naikkan nama product kepada satu Malaysia.Kedua, Baskin Robbins mendapat nilai Pengiklanan sebenar kerana hanya berbekalkan satu Scoop Aiskrim yang mungkin modal RM1 bagi setiap orang, kesan pengiklanan dan jenama Baskin Robbins akan meniti di bibir rakyat Malaysia selama yang mungkin. Ingat Pingat Emas, Dato Lee Chong Wei, orang mungkin ingat Baskin Robbins.Ketiga, pasal Que atau beratur panjang hanya semata-mata untuk dapatkan Satu Scoop Aiskrim, hanya yang sabar, ada masa terluang dan punyai passion terhadap Aiskrim jenama tersebut, mereka sanggup beratur, bukan mati pun. Sama juga kita lihat orang beratur panjang nak dapatkan iPad baru, mesti ada X Factor yang mereka mahu. Kita yang tak nak beratur, tak yah komen, mereka tidak susahkan kita sedikit pun.Keempat, pasal masa agihan jam 8.00 hingga 10.00 malam, di bulan puasa, itu sahaja masa sesuai. Kalau siang hari, lagi tak boleh, waktu umat Islam berpuasa. MrJocko rasa pihak Baskin Robbins pun sudah tak ada masa lain lagi yang sesuai untuk agihan tersebut.Apa pun, MrJocko kongsi gambar-gambar orang beratur panjang untuk dapatkan Satu Scoop Aiskrim Baskin Robbins. Dan, kalau korang pernah beratur untuk dapatkan Bubur Lambuk percuma, kuih percuma, sebenarnya kalau beratur ramai-ramai ada juga masa-masa yang best. Cuba la sekali sekala…p/s : ingat masa pegi Tokyo, rakyatnya sanggup beratur panjang untuk dapatkan apa yang mereka nak. Mereka sabar dan tertib. Bagi mereka, tiada siapa yang paksa mereka beratur, oleh itu, kenapa nak bersungut jika terpaksa beratur panjang atau lama???

Glamorous MrJocko

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.