Site icon Travel Blogger Malaysia

Gambar Cikgu Yang Hina Polis Tu, Dah Kena Tangkap

2013%25208%253A10%2520PG

2013%25208%253A10%2520PG

Pada mulanya MrJocko malas nak kecoh pasal entry Politik atau berita-berita tak patut dalam blog ni. Tapi bila timbul isu kejadian Pencerobohan di Lahad Datu, banyak pulak isu sampingan yang timbul dan nampaknya rakyat kita sendiri yang makin merumitkan keadaan.
Bukan berpihak pada mana-mana pihak, tetapi bila sentuh isu sensitif, kena la berhati-hati. Seperti kes beberapa hari lepas ada seorang Guru dari Kelantan, orang kampung kawe tu, dikecam apabila menghina polis dengan kata-kata seperti “anjing” dan “mati katak”.
Cuba kita berfikiran terbuka sikit, walaupun kita tak suka mana-mana pihak, tetapi jangan sampai pengorbanan orang lain tidak langsung kita hargai. Sudah lebih 8 orang anggota keselamatan kita sudah terkorban dalam insiden Lahad Datu, jadi jika kita tidak tahu cerita sebenar, tidak pula terlibat mahu ke Lahad Datu sama-sama berjuang mempertahankan negara, janganlah kita pula memperlekehkan pengorbanan mereka. Sepatutnya kita sokong usaha anggota keselamatan mempertahankan kedaulatan negara, bukan sebaliknya mencaci dan memperlekehkan kerja mereka.
Terbaru, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengesahkan penangkapan lelaki itu, Mohd. Lotfi Nor, 37, yang berasal dari Pasir Putih. Alohhh,,, kampung kawe tu,, dekat sangat ngan rumah kawe.
Pihak Polis juga telah membuka kertas siasatan berhubung laporan polis yang dibuat sebelum ini mengikut Seksyen 41 Akta Hasutan 1948.
“Siasatan segera akan dijalankan kerana tindakan lelaki itu yang dipercayai mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Bali, Pasir Puteh di sini bukan sahaja melampau tetapi boleh meracuni fikiran orang ramai.
Kesimpulannya, kalau anda taknak berjuang untuk negara, janganlah pula mempelekehkan pengorbanan orang lain terhadap kedaulatan negara. Jika negara huru-hara, macamana pula kita nak jadi cikgu, nak kerja jual sayur, nak cari duit dan lain-lain. Peace Yo…

Exit mobile version