• Fri. Sep 22nd, 2023

Gadget Review Sample Gambar Dari SJ4000 Action Camera

Sample-Pictures-SJ4000-02

Gadget Review Sample Gambar Dari SJ4000 Action Camera. Nak lihat Sample Gambar Dari SJ4000 Action Camera? Camera Aksi SJ4000 merupakan satu gadget ‘sports camera’ yang semakin diminati oleh photographer dan jugak peminat video.

Spesifikasi SJ4000 yang menyerupai spesifikasi kamera GoPro Hero3 sememangnya menjadi pilihan kerana harga SJ4000 yang memang jauh lebih murah berbanding GoPro Hero3. Tambahan pula, saiz kamera yang kecil, senang dibawa ke mana-mana sahaja serta fungsinya yang kalis air (cover disertakan).

Baca : Action Camera Sony Yang Punyai Kualiti Gambar Terbaik

 


Gadget Review Sample Gambar Dari SJ4000 Action Camera

Mungkin ada yang nak tahu contoh gambar yang terhasil dari kamera SJ4000 ini? MrJocko kongsi 3 keping dulu sebagai pengenalan. Hasil dari kamera SJ4000 ini secara default ia boleh merakam gambar kira-kira 170 darjah di hadapan anda, menjadikannya kamera WIDE yang terkecil dan ia hampir mempunyai fungsi seperti Fish Eye.

 

Sample Gambar Dari SJ4000 Action Camera
Sample Gambar Dari SJ4000 Action Camera

 

Mungkin ada yang nak tahu contoh gambar yang terhasil dari kamera SJ4000 ini? MrJocko kongsi 3 keping dulu sebagai pengenalan. Hasil dari kamera SJ4000 ini secara default ia boleh merakam gambar kira-kira 170 darjah di hadapan anda, menjadikannya kamera WIDE yang terkecil dan ia hampir mempunyai fungsi seperti Fish Eye.

 

Camera SJ4000 Wide Camera

 

Camera SJ4000 Wide Camera

Dengan kelebaran 170 degree ini, kamera SJ4000 mempunyai wide angle seperti 15.4mm kalau nak dibandingkan dengan kamera DSLR biasa. Memang lebar, bermakna, anda tak perlu undur jauh untuk merakamkan gambar di hadapan anda yang besar dan lebar.

SJ4000 mempunyai hasil rakaman 12Mp dalam format JPG dan Video 1080P dalam format MOV. Untuk spesifikasi lain, SJ4000 boleh digunakan sehingga 70 minit dengan bateri 900mAh. Berat SJ400 hanya 44g menjadikannya senang dibawa ke mana sahaja.

Lihat gambar yang MrJocko kongsi, ia memang wide dan boleh anda rakam gambar walau dalam kedudukan objek yang terlalu dekat. Ada fungsi auto fokus dan boleh buat self timer.

Setakat ni, MrJocko berpuas hati dengan kualiti gambar SJ4000 yang mempunyai resolusi 12Mp ini. Walau dalam cahaya yang agak gelap, ia masih boleh merakam gambar dengan agak jelas.

Tunggu review untuk Video 1080p dari kamera SJ4000 ini pulak. InsyaAllah akan dikongsikan dalam masa terdekat.

 

By MrJocko

I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.