Site icon Travel Blogger Malaysia

Gambar Gambar Borneo Arts Festival 2019 Labuan

Kemeriahan ketika Media Trip ke Labuan bulan September 2019 masih terasa. Banyak sangat aktiviti menarik sempena dengan BAF2019. Memandangkan banyak lagi yang saya nak kongsi tentang Labuan, apa kata anda lihat dulu galeri Gambar Gambar Borneo Arts Festival 2019 Labuan yang saya sempat hadiri.

Penganjuran Borneo Arts Festival 2019 bertempat di Kompleks Ujana Kewangan bermula pada hari Jumaat (27 September 2019) hingga Ahad (29 September 2019). Ia terbuka kepada semuauntuk hadir bagi memeriahkan acara ini.

Baca : Cerita di Borneo Arts Festival 2019

Gambar Gambar Borneo Arts Festival 2019 Labuan

gambar-borneo-arts-festival-2019-labuan-19 copy
 

Sepanjang 3 hari, Labuan berubah wajah. Kemeriahan semasa Festival ini memang dirasai oleh semua termasuk penduduk dan juga pelancong yang berada di sekitar Pulau Labuan.

Antara aktiviti utama yan gdipersembahkan di Borneo Arts Festival Labuan termasuk Persembahan Tarian Kreatif, Persembahan Gambus, Mukun Seborneo, Pameran Seni Visual, Pertandingan Fesyen, Pertandingan Cosplay, Jualan Produk Tradisional Borneo dan banyak lagi.

Kemuncak persembahan, antara yang paling meriah ialah dengan kehadiran artis remaja terkenal Malaysia, Ismail Izzani yang menyampaikan beberapa buah lagi ketika Malam Apresiasi Borneo Arts Festival 2019.
 

Persembahan Ismail Izzani

Banyak lagi gambar-gambar menarik sepanjang aktiviti tersebut, boleh terus layari laman Fanpage Rasmi Borneo Arts Festival Labuan.

Terima kasih kepada :
Labuan Corporation,
Department of Tourism, Culture & Arts

Tel : +6087 408 740 / 746
E-mail : explore@labuantourism.my
Website : www.labuantourism.my
Facebook : Labuan Tourism

Exit mobile version