Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Gambar Jerebu Tebal Di Kuala Lumpur 16 Jun 2012

Gambar Jerebu Tebal Di Kuala Lumpur 16 Jun 2012. Jerebu di Kuala Lumpur semakin teruk. Kalau semalam jarak penglihatan masih ok, hari ni Sabtu, 17 Jun 2012 nampaknya semakin tebal. Gambar-gambar jerebu ini aku ambik dari Facebook kawan-kawan dan aku snap sendiri pagi tadi. Ini la gambar jerebu di KL dari seawal jam 8.00 pagi dan sehingga sekarang jam 8.45 pagi.

Baca : Bahaya Jerebu Di Kuala Lumpur

 


Gambar Jerebu Tebal Di Kuala Lumpur 16 Jun 2012

jerebu tebal 2012

jerebu tebal kl 2012
 

Ada kawan kata di Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Melaka pun jerebu agak teruk. Tapi tak dapat la pulak gambar jerebu di kawasan Pulau Pinang.

Kalau begini, nampaknya jerebu melanda hampir keseluruh Semenanjung Malaysia.Untuk anak-anak kecil, aku rasa elok stay kat rumah sahaja. Kalau nak keluar, pergi jer shopping mall dan elakkan lepak di kawasan luar, nanti takut bahaya kesan jerebu.

Semak indeks jerebu di tempak korang dengan Jabatan Alam Sekitar Malaysia.

PENGUMUMAN TERKINI MENGENAI JEREBU
Analisis kualiti udara bagi sebelum dan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan oleh Jabatan Alam Sekitar. Sila klik pautan ini untuk bacaan seterusnya.

“Pemuliharaan Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama”

Apakah Jerebu?

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca – Punca Jerebu

Punca utama jerebu adalah akibat daripada :
 Pembakaran Secara Terbuka
 Asap Dari Kilang
 Asap Dari Kenderaan

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.