Gambar Kes Accident Inspira Vs Lancer Highway Pantai Timur
|Aku sekadar berkongsi. Apa yang aku share ini adalah copy paste dari email yang aku terima dari seorang kawan. AlFatihah kepada Arwah. Cerita daripada seorang kawan. Ini Kes Accident Inspira Vs Lancer Highway Pantai Timur.c99limited.com
Lebih kurang pukul 6 petang 6-may-12, aku masuk hiway Plus dari kuantan nak ke KL. Aku maintain crusing 180km/j tetiba aku perasan ada kereta belakang lagi laju. Aku tengok Inspira makin dekat dgn keta aku then aku masuk lane kiri bagi laluan dia memotong. Pastu aku terus follow inspira tu, meter dah jadi 200km/j. Wow hati kering driver inspira tu! Keta standard, absober standard, rim dan tayar pun standard kilang. Memandangkan speed dah 200km/j then aku follow je dalam jarak lebih dari 5 biji kereta demi keselamatan. Enjoy pasal inspira tu rajin hi beam halau kereta ke tepi so aku kat belakang dia just follow je la.
Time corner jalan tak rata aku nampak inspira tu body dah goyang tapi dia tetap maintain speed. Ada jugak terdetik nak potong dia tapi memandangkan aku plan nak crusing je so aku maintain je la speed 200km/j kat belakang dia.Tetiba kat depan ada sebijik Mitsubishi Lancer 2.0 kat lane kanan dalam kelajuan 140km/j. Lancer tu taknak ketepi tapi terus tekan minyak dan inspira tu terus cucuk. Hmmm kereta yg sama cuma pengilang yg berlainan. Proton Inspira vs Mitsubishi Lenser aku pun ikut je la dari belakang untuk melihat aksi mereka. Meter naik balik ke 200km/j.
Kalau ikut darah pahlawan time ni sedap potong kedua-dua tu tapi angin tengah baik lagipun lately tak tau la aku macam gerun sikit nak rembat kaw-kaw, hmmmm mungkin ada hikmah tu. So aku ikut je dari belakang.Dalam 5 minit aku follow melihat aksi mereka ada pulak sebuah bas dibelakang antara beberapa buah kereta yg bawak pada kelajuan biasa kat lane kiri.
Inspira masih mencucuk lenser dgn rapat dan aku makin menjarakkan sikit demi keselamatan.Tetiba aku nampak inspira, lenser, bas dan beberapa kereta kat depan macam ada kacau bilau. Terus aku nampak lancer tu melanggar pagar kiri hiway dan melintas depan keta aku lalu langgar pagar kanan pulak dan melompat sambil berpusing ke udara lalu jatuh ke laluan sebelah yg menghala ke Terengganu. Sewaktu Lancer tu diudara sebuah kereta di laluan sebelah betul2 berada dibawah lenser tu.
Nasib kereta tu memang baik tapi bila lancer tu dah terempas ke laluan sebelah ada sebuah kereta lain terlanggar serpihanlenser tu lalu terbabas dan langgar pagar. Kereta Inspira tu aku perasan slow sekejap pastu terus menghilangkan diri. Masa aku pelahankan kereta untuk berenti aku perasan penumpang lenser yg duduk di depan dah kaku. Sebaik je aku berenti aku terus berlari ke lenser tu untuk membantu.
Aku antara org terawal sampai dan masa aku tengah melintas pagar kat tengah hiway untuk ke laluan sebelah ada sorang brother yg berlari lebih awal bagitau ada baby kat tengah jalan.Ya Allah!!!!! menggigil kepala lutut aku dan rasa sebak cam nak nangis nampak baby yg aku rasa baru beberapa bulan dah tercampak keluar dan ada kat tengah-tengah jalan. Aku terus jerit kat brother tu suruh angkat je baby yg tengah menangis tu. Brother tu pun macam panik tapi aku jerit jesuruh dia angkat baby tu.Syukur kereta di laluan tu suma terus berenti.
Aku terus pergi kat ke lenser tu dan ada orang suruh mangsa mengucap. Bila aku tengok kedua-duapenumpang dah diam.Aku nampak penumpang depan perempuan, masih dalam ber’seatbelt’ dan air bagdah kempis. Kepala penumpang tu dah tunduk kedepan tapi aku yakin tengkok patah pasal nampak tulang tengkok macam nak terkeluar. Dia dah takbernyawa. Aku periksa pemandu, lelaki, masih memakai seatbelt dan airbag dah kempis.Pemandu tu pun terlentok kaku. Ada kesan lebam di leher. Aku yakin dia pundah tak bernyawa. Aku terus pesan pada dua tiga orang yg ada kat situ supaya jgn sentuh mangsa yg dah tak bernyawa. Apa-apa hal tunggu polis. Pastu ada brotherterus jaga lalu lintas dan aku pun bersihkan serpihan lencer tu untuk bukak jalan.
Aku ternampak beberapa document peribadi mangsa atas jalan terus akukutip dan kumpulkan satu tempat.Aku periksa baby tu pulak, dahi dia luka kena jalan. Nampak isi warna putihdan berdarah. Aku terus kumpulkan beg-beg yg tercampak keluar dan untukcarik beg baby lalu aku kumpulkan setempat. Alhamdulilah ada sorang pakcikdan anak perempuan dia datang bantu tolong pegangkan baby tu.
Aku keluarkan tuala dari beg baby tu untuk tutup kepala dia. Aku carik susu tapi dahtakde dalam beg.Aku selongkar beg mangsa untuk cek document yg mungkin boleh membantu akumenghubungi ahli keluarga mangsa tapi semuanya cuma document peribadimangsa je dan takde no ahli keluarga mangsa.Dalam masa 20 minit lepas kejadian tetiba ada pakcik tu ambih phone mangsa dan call ahli keluarga mangsa.
Rupa-rupanya ada ahli keluarga mangsa adaconvoi bersama mangsa hampir sampai ke tempat kejadian. Bila hali keluarga mangsa sampai terus kitorang suruh ambik baby tu dulu dan hantar ke hospital.Aku rasa macam nak ambik gambar mangsa tapi tak sampai hati. So aku ambikgambar kereta mangsa je dari depan.Pastu dalam beberapa minit polis, bomba, ambulan pun sampai.Aku kat tempat kejadian ada la dalam sejam dan berulang2 kali aku terpaksa bercerita dari awal hingga habis. Sempat jugak aku bercerita pada ahli keluarga mangsa yg datang ambik baby tu. Aku tinggalkan tempat tu dgn kaki yg mengigil. Live depan mata excident200km/j.
Dalam masa beberapa saat je 2 nyawa melayang, baby terpelanting keluar kereta dan baby yg tak tau apa-apa kehilangan ibubapa selamanya.Aku teruskan perjalanan ke KL dgn kelajuan yg tak sampai 160km/j. isteriaku kat sebelah troma dan ketakutan. Dalam kereta sunyi sepi tak berborak,radio pun tak on.
Baca : Berita di Blog MrJocko
Sampai tol gombak baru aku bukak radio dan cuba bercakap dgn wife aku untuk tenangkan dia.Lancer crash at 200km/j. Dari laluan kuantan ke KL terpelanting ke laluan sebelah (KL ke Kuantan) minyak engine + coolen mengalir keluar dua pictures ni je aku ambik. Aku tak sampai hati nak ambik gambar mangsa.
Hati-hati memandu. Doakan perjalanan kita selamat pergi dan balik.
Glamorous MrJocko.
Err.. sadisnya..
Nak komen sikit la tapi bukan pasal cite ni tapi pasal font putih background itam, sakit gak mata membaca huhu
Cerita yang menarik dan menyentuh perasaan. Abang dulu pun suka bawa kereta laju-laju. Masa highway Pantai Timur baru dibuka–masa tu tak kena tol lagi-abang ambil masa sekitar sejam sahaja dari mula masuk tol sampai Kuantan. Abang guna kereta Proton Putra. Kelajuan adakalanya mencecah melebihi 200 km sejam. Jiwa muda masa tu. Tak ingat mati. Suka berlumba, pantang saja ada kereta potong mulalah nak kejar. Status pula masih bujang ketika tu. Tak ada orang nak nasihat. Tapi kini saya dah insaf. hahahaha. Saya teringat kata-kata Ustaz Harun Din. Bawa kereta laju-laju ni umpama bunuh diri. Kita dah tahu laju boleh membunuh. Tapi kita bawa laju juga. Ingatlah, wahai adik-adikku, usahlah berlumba lagi. Abang kini pakai kereta Honda Civic 1.8 v tec. Kadang-kadang MyVi potong berdesup. Hati kata, biarlah. Dia nak terberak tu. Atau bini dia nak beranak tu. Sabar-sabar. Lagipun hakikatnya kereta aku lebih laju dari dia. Apa nak heran. Jadi wahai adik-adikku, hentilah berlumba di jalanraya. Kalau hangpa nak mampus juga berlumbalah di litar. Itu lebih baik dan lebih anggun. Ingat, laju mana pun kenderaan anda tak dapat menewaskan buraq, kenderaan paling laju di dunia. Dulu, Kini dan Selamanya. Hahahah
sila baca…
http://tentangaznee.blogspot.com/2012/05/fake-about-kimie-rabudzi.html
Sharm – tq kerana komen
Abg Nordin – saya dulu pun,,, skang dah insaf,,, terima kasih atas nasihat
Maulana – TQ