Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Gambar Mount Fuji Ini Buatkan Saya Ingin Ke Sana Sekali Lagi

Apa pandangan anda bila melihat gambar yang cantik ini. Ya, ini gambar Mount Fuji di Jepun. Cantik kan? Melihat sendiri Gunung Fuji dengan keadaan awan yang begitu cantik meliputi puncak Fuji. Begitu indah ciptaan Allah. Sangat cantik. Gambar Mount Fuji Ini Buatkan Saya Ingin Ke Sana Sekali Lagi.
MrJocko bernasib kerana pernah sampai ke Jepun dan melihat sendiri keindahan landskap Gunung Fuji ini sewaktu singgah di Kolam Air Spring di kawasan Oshino Hakai. Dari situ memang nampak puncak Gunung Fujiyama yang sangat cantik.

Baca : Gunung Fuji Yang Cantik Di Jepun

 



 

Gunung Fuji di Jepun

gambar cantik gunung fuji
Gambar Mount Fuji Ini Buatkan Saya Ingin Ke Sana Sekali Lagi
Sesetengah keadaan, kalau ke kawasan Tokyo atau dari Chiba Prefecture, anda boleh melihat puncak Gunung Fuji ini dengan cantik jika cuaca mengizinkan. Kebiasaannya, puncak Gunung Fuji ini akan dilitupi dengan awan dan jarang boleh dilihat jelas. Kata sesetengah orang, kalau anda boleh lihat puncak Gunung Fuji, maknanya kedatangan anda ke Jepun memang serasi.
Bukan hanya pemandangan, tapi di Gunung Fuji juga ada disediakan pakej untuk mendaki Mount Fuji. Ramai yang memang menanti masa untuk mendaki Gunung Fuji kerana ia antara satu aktiviti yang mesti anda buat jika punyai masa dan peluang melancong di Tokyo dan kawasan sekitarnya.
Mount Fuji ini kebanggaan rakyat Jepun. Ia memang punyai keunikkan tersendiri dan akan meninggalkan pengalaman peribadi yang akan anda bawa sampai ke mati. Percayalah, jika anda dekat dengan Gunung Fuji ini, ia akan memberikan anda sesuatu kelainan dalam penggembaraan anda.
Kalau anda berkesempatan ke Jepun, jangan lupa saksikan sendiri keindahan Mount Fuji.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.