Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Gambar Naga Putih Kena Tembak Betul Ke?

Gempar satu Malaysia bila ada orang kongsi Gambar Naga Putih kena tembak mati. Gambar Naga Putih tu terlentang atas lantai.

 

Bila tengok gambar Naga Putih Kena Tembak ni, mesti ramai yang tertanya-tanya betul ke wujud haiwan yang diberi nama Naga. Biasanya ia adalah haiwan kepercayaan masyarakat Cina. Berita ni MrJocko copy paste dari sharing rakan-rakan di WhatsApp.

Gambar Naga Putih

gambar naga putih

 

Sepanjang pengalaman travel MrJocko, pernah la tanya rakan-rakan berbangsa Cina di Malaysia dan juga penduduk di Pulau Jawa tentang kewujudan haiwan yang diberi nama Naga ini, tetapi rasanya tiada seorang pun yang pernah jumpa. Jadi masing-masing menganggap haiwan ini, Naga sebagai haiwan mitos sahaja.

Apa pun MrJocko kongsi gambar-gambar naga putih yang dikatakan ditembak di Grik, Perak. Ya atau tidak, Wallah Hu A’alam

UPDATED : 7.00pm Khamis 19 Jun 2014

Gambar Naga Putih Kena Tembak Palsu – Sumber di SINI

Gambar Naga Putih kena tembak
Gambar Naga Putih Kena Tembak : Betul Ke?
Gambar Naga Putih kena tembak

Gerik, Perak.

Seekor naga putih ditembak mati di sebuah rumah berhampiran dusun durian apabila pemilik dusun menyedari sejak kebelakangan ini selalu kehilangan beberapa ekor arnab yang diternak di dalam kawasan dusun tersebut.

Pemilik dusun Boon Chin Yo sedang tidur di bilik tingkat 2 rumah tersebut terjaga apabila terdengar bunyi jeritan arnab dan bunyi ganjil seakan bunyi harimau.

Pemilik dusun terus intai daripada tangga dapati seekor haiwan ganjil yang mempunyai sepasang tanduk dan misai panjang sedang meratah seekor arnab jantan. Oleh kerana cemas, beliau terus mengambil senapang auto dan melepaskan 8 das tembakan menyebabkan haiwan ganjil tersebut tersungkur ke lantai. 

Setelah mempastikan haiwan tersebut benar-benar telah mati beliau amat memperanjatkan apabila mendapati ia adalah seekor naga putih berbulu seakan-akan bulu arnab. Beliau yang ditemui pemberita berkata, “betapa saya tidak menyangka haiwan itu seekor naga putih. 

Amat mengejutkan saya” kerana menurut kepercayaan cina apabila seekor naga memasuki rumah akan membawa ‘ong’ dan tanduknya boleh mencecah harga jutaan ringgit. 

Walau bagaimanapun, beliau tidak bercadang untuk menjual mana-mana bahagian anggota badan haiwan ajaib tersebut kepada mana-mana pihak dan akan mengawet bangkai haiwan tersebut untuk tatapan umum.

p/s : Copy Paste sumber Whatsapp

 

Facebook : www.facebook.com/GlamorousMrJocko

Twitter : @MrJocko

Instagram : @MrJocko

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.