Site icon Travel Blogger Malaysia

Gambar Ohsem Musim Salji Di Jeju Island Korea Selatan

Musim salji telah tiba di Korea Selatan sejak sebulan yang lalu. Masa ini, ramai orang kita, pelancong Malaysia memang menunggu peluang untuk bercuti ke negara yang ada salji. Nah! saya kongsi beberapa keping Gambar Ohsem Musim Salji Di Jeju Island Korea Selatan.

Koleksi gambar-gambar ini hasil dari perkongsian ramai pelancong dari seluruh negara di laman web dab internet serta gambar dari Visit Jeju. Kalau nak tengok banyak lagi koleksi gambar menarik pemandangan Pulau Jeju ketika musim sejuk atau musim salji, boleh lihat sendiri di perkongsian di Facebook Road To Korea atau laman website umum.

Baca : Tempat-Tempat Menarik di Korea

Gambar Ohsem Musim Salji Di Jeju Island Korea Selatan

Gambar Ohsem Musim Salji Di Jeju Island Korea Selatan


 

Baca : Tiket Penerbangan Murah AirAsia KLIA2 ke Jeju Island Cuma RM199

Di mana letaknya Pulau Jeju (Jeju Island)?
Pulau Jeju (a.k.a Jeju-do) adalah sebuah pulau gunung berapi yang terletak di pantai selatan Korea. Ia terletak sejauh kira-kira 455km dari bandaraya Seoul dan boleh diakses dengan kapal terbang ataupun feri.

Apa yang istimewa tentang Jeju Island?
Pulau Jeju juga terkenal dengan nama ‘Pulau Dewa’. Di sini, ia paling terkenal dengan pemandangan indahnya lebih lebih lagi musim salji, bekalan makanan laut segar yang berkualiti tinggi, dan tapak beberapa Tapak Warisan Dunia UNESCO. Pulau kecil yang menarik ini merupakan destinasi percutian yang popular untuk penduduk tempatan dan pelancong; ia amat popular sebagai destinasi berbulan madu teratas bagi pengantin wanita Korea.

Bila masa yang sesuai untuk melancong ke Jeju Island?
Diakui, musim terbaik untuk melancong ke Jeju Island ialah pada Musim Salji, iaitu kira-kira dari bulan Disember hingga Mac. Ada yang kata, bila tiba musim sejuk di Pulau Jeju, tak ramai pelancong ke sini. Khabarnya juga ada banyak tambang murah dan kos penginapan yang lebih berbaloi.

Bagi mereka yang tidak tahan dengan cuaca sejuk, tidak perlu bimbang mengenainya. Ini kerana iklim pantai yang sederhana dan peredaran berterusan arus hangat di seluruh pulau, suhu di Jeju-do sebenarnya lebih hangat daripada seluruh Korea ketika musim salji. Malah semasa musim sejuk, cuaca umumnya tetap ringan dan suhu jarang jatuh di bawah 0 darjah Celsius. Pun begitu, di sini masih boleh merasa pengalaman turun salji, dan juga snowflakes.

Keindahan Musim Salji di Jeju Island
Gunung Hallasan Jeju Island

Berminat nak tahu informasi lebih lanjut tentang Pulau Jeju, boleh la layari laman web Tourism Jeju Island di Visit Jeju Net..

Kredit Gambar : Visit Jeju & Internet

Exit mobile version