Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Gambar Pameran Transformers Expo Malaysia 2014

Ramai yang private mesej dan sms MrJocko tentang Transformers Expo Malaysia 2014 yang berlangsung di Arena of Star Genting Highland yang akan bermula pada 31 Januari 2014 ini. Oleh kerana sibuk sedikit dengan urusan kerja, maka MrJocko kongsi dulu gambar gambar Transformers Expo Malaysia 2014 di Genting Highland. Info lanjut tentang Transformers Expo Malaysia 2014, MrJocko dah kongsi sebelum ini.

 

Untuk sementara ini, kalau nak tahu apa yang ada di Transformers Expo Malaysia 2014, lihat gambar dan galeri yang MrJocko kongsi kat sini. Boleh kata banyak koleksi terbaik Transformers ada di sana. yang terbaik ialah Optimus Prime setinggi 23 kaki dan Bumblebee setinggi 18 kaki.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Rasanya ini kali pertama dibawakan 2 watak Transformers terbesar pernah di pamerkan di Malaysia. Datang ke sini dan saksikan sendiri saiz robot besar Optimus Prime dan juga Bumblebee yang dibawakan khas ke Malaysia sempena dengan Transformers Expo 2014 di Genting Highlands ini.

Ada banyak pameran pelbagai watak Autobot dan Decepticon dari rancangan TV Transformers untuk tontonan anda dan peminat Transformers yang lain.

Pameran ini antara pameran Transformers Expo yang terbaik pernah MrJocko lawati pada tahun 2014 ini. Lebih membanggakan, ia dipamerkan di Malaysia, tanah air MrJocko sendiri. Kawasan di Arena of Star Genting ini diubah dan disusun khas untuk pameran Transformers ini.

Untuk anda peminat Transformers, apa kata ambil masa dan boleh dapatkan Pass masuk ke pameran Transformers Expo 2014 dengan segera. Anda yang memang fans untuk Transformers akan teruja dengan kehadiran robot besar ini di Arena of Star Genting bersama-sama beberapa aktiviti sampingan lain sempena dengan pameran Transformers Expo 2014 ini.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.