Site icon Travel Blogger Malaysia

Gambar Perdana Menteri Najib Razak Konvoi Motosikal Di Putrajaya

Sekitar Gambar Perdana Menteri Najib Razak Konvoi Motosikal Di Putrajaya. Hari Ahad minggu lepas, bertempat di Putrajaya berlangsungnya majlis penutup 1Malaysia Bike Week (1MBW) 2012. Acara ini berjaya menghimpunkan lebih 6,000 buah motosikal berkuasa tinggi pelbagai jenis di Putrajaya.
Yang menariknya, sempena dengan majlis penutup 1Malaysia Bike Week 2012 ini, Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak turut sama menunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Spyder Roadsters dan dibonceng bersama anak lelaki beliau.
Tengok sahaja gaya bersahaja Najib Razak menunggang motosikal Spyder Roadsters ini, ada gaya penunggang motosikal yang berhemah tak? Beliau bersama-sama sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi yang lain mengambil masa selama lebih kurang 45 minit mengelilingan kawasan Istana Kehakiman dan Putrajaya sejauh 18 kilometer sempena majlis penutup tersebut.
Kalau la MrJocko ada motorsikal berkuasa tinggi, teringin jugak nak turut serta, mesti best.

NAJIB RAZAK KONVOI MOTOSIKAL DI PUTRAJAYA

Exit mobile version