Site icon Travel Blogger Malaysia

Gambar Perlawanan Dugong All Star vs Pilihan Harimau Malaysia

Gambar Perlawanan Dugong All Star vs Pilihan Harimau Malaysia menjadi pilihan MrJocko untuk hari ini. Petang tadi, selebriti Malaysia seperti Johan Raja Lawak, Ray, Achey Bocey, Akim Majistret, Hazama dan ramai lagi turut serta dalam perlawanan amal di Stadium Paroi ini.

Dugong All Star vs Pilihan Harimau Malaysia

Perlawanan Dugong All Star vs Harimau Malaysia

 

Menarik perlawanan amal kali ini, ia menemukan barisan pemain dari kalangan Selebriti terkenal negara dengan pilihan pemain lagenda di Malaysia seperti Dollah Salleh, Santokh Singh dan ramai lagi.

Gambar Perlawanan Dugong All Star vs Pilihan Harimau Malaysia memang banyak. Tapi MrJocko nak kongsi beberapa keping sahaja koleksi gambar pemain Dugong All Star yang diketuai oleh Johan Raja Lawak menentang pemain Pilihan Harimau Malaysia.

 

 

Sebelum Perlawanan Dugong All Star vs Pilihan Harimau Malaysia

 

Semasa Perlawanan Dugong All Star vs Pilihan Harimau Malaysia

 

 

Dugong All Star vs Pilihan Harimau Malaysia

Pasukan Dugong All Stars yang dikendalikan bekas penyerang kebangsaan dan jurulatih Azman Adnan membariskan pemain dalam kalangan penyampai radio ERA fm, Johan, Hanif, Ray dan Radin serta artis-artis tempatan seperti Black, Tomok, Akim AF, Zahid, Achey, Hazama dan ramai lagi. Dalam perlawanan itu, pasukan Pililian Harimau Malaysia menewaskan Dugong All Stars 3-1.

Hasil jualan tiket perlawanan amal itu akan disumbangkan kepada Pakatan Pemuliharaan Harimau Malaysia (MYCAT) untuk meneruskan usaha-usaha pemuliharaan harimau di negara ini.

Perlawanan Amal Hari Malaysia di mana Dugong All-Star vs Pilihan Harimau Malaysia ini telah pun ditonton secara langsung melalui Astro On The Go (AOTG) dan siaran ulangan perlawanan di Saluran Arena (801) pada hari yang sama jam 11.30 malam. Untuk keterangan lebih lanjut mengenai ERA fm, dengarkan juga frekuensi ERA fm serta ikuti halaman media sosial ERA fm di Facebook, Instagram dan Twitter.

Exit mobile version