Site icon Travel Blogger Malaysia

Gambar Proton Preve Hatchback, Saya Tak Minat

proton-preve-belakang

proton preve belakang

Dalam banyak-banyak post kat Facebook hari ni, MrJocko terlihat satu post yang memuatkan gambar-gambar model terbaru Proton 2013 iaitu dipercayai sebuah kereta Proton Preve Hatchback. Gambar yang diambil dari rakaman kamera phone ni tak la jelas sangat tetapi memang nampak depan model Proton Preve dan belakang di’design’kan dengan konsep hatchback. So, boleh la kita panggil namanya Preve Hatchback.

MrJocko tetapi kagum dan boleh memberi ‘thumbs up’ kepada engineer dan warga kerja Proton yang bertungkus lumus mencari idea untuk memajukan industri Kereta Nasional. MrJocko juga support kereta Malaysia kerana MrJocko sendiri pun pakai kereta Proton Gen2 dan sememangnya berpuas hati dengan performance Gen2 sebagai kereta Nasional. Tetapi untuk model terbaru Proton 2013 ni, kalau ini la rupanya, rasanya MrJocko tak minat sangat la model Proton Preve Hatchback ni.
Harap kalau model kereta Proton 2013 Proton Preve Hatchback ini nak dijualkan di Malaysia, harap harga murah sikit. mayber harga dibawah RM50,000.
Exit mobile version