Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Gambar Salji Turun Di Taksim Square Istanbul Turki

Ada banyak perkongsian gambar masa salji turun di Turki. Antara yang menarik perhatian saya ialah Gambar Salji Turun Di Taksim Square Istanbul Turki. Dengan kelihatan snowflakes salji yang memutih dengan pemandangan tengah bandar bersama Tram, ia satu moment yang sangat menarik dan cantik.

Secara peribadi, saya sendiri pernah rasa pengalaman dalam hujan salji di Sapporo beberapa tahun lepas, namun ia tidak secantik pemandangan ini. Warna putih di campur dengan warna merah Tram, gambar ini seakan hidup untuk bercerita.

Baca : Salji Halus dan Cantik di Sapporo
 

 


Gambar Salji Turun Di Taksim Square Istanbul Turki

Salji Turun Di Taksim Square Istanbul 01 copy

Gambar Salji Turun Di Taksim Square Istanbul Turki 3

Beautiful Snow in Turkey 01

Beautiful Snow in Turkey 02
Taksim Square Istanbul

 

Taksim Square terletak tidak jauh dari Istanbul. Ia kaya dengan binaan Monumen Republiknya. Taksim Square punyai kehidupan malam yang menarik. Ia lokasi untuk membeli-belah dan ruang makan yang sibuk. Paling menjadi tumpuan ialah perkhidmatan TRAM Vintage ulang-alik di sepanjang Istiklal Caddesi, boulevard utama pejalan kaki di bandar ini. Kawasan ini dipenuhi dengan bangunan abad ke-19 yang mana, bangunan rantaian membeli-belah antarabangsa, pawagam dan kafe. Rangkaian jalan-jalan sampingan yang padat diisi dengan kedai minuman, kedai-kedai barang antik dan tempat makan di atas bumbung dengan pemandangan Bosphorus.

Waktu paling menarik untuk rasa sendiri pengalaman bermain salji di sekitar Istanbul, khususnya di Taksim Square adalah pada bulan Disember hingga awal Februari menurut penduduk tempatan.

Baca : Review Tentang Tempat Menarik Di Taksim Square
 

Ramai orang Malaysia yang pernah ke Istanbul dan singgah di Taksim Square, kata mereka ia satu lokasi untuk membeli belah yang sangat menarik. Bukan sahaja harga di sini dikatakan jauh lebih murah berbanding dari Grand Bazaar, tetapi ia adalah harga yang boleh tawar menawar.

Macam-macam boleh kita beli kalau berada di sini. Banyak yang dijual murah dan sangat berpatutan untuk dijadikan kenangan ketika melancong ke Turki.

Rancang perjalanan ke Turki? Boleh rancang dan terbang ke Istanbul dengan penerbangan Turkish Ailines dan anda pasti akan teruja.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.