Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Gambar Sawah Padi Spider Web Gergasi Ruteng Indonesia

Kepulauan Flores di Indonesia memang punyai banyak lagi destinasi pelancongan unik asli yang belum ramai terokai. Lihat sahaja gambar Sawah Padi Spider Web Gergasi Ruteng Indonesia ini. Ia antara tarikan yang tidak ada di tempat lain di dunia selain di Wonderful Indonesia.

Ada yang mungkin anggap ia sengaja dibuat baru untuk menarik tarikan pelancong, tetapi sebenarnya, bentuk sawah padi spider web ini telah lama wujud di Ruteng, menggambarkan kehidupan petani yang begitu sinonim dengan kehidupan manusia di Flores.

Bagaimana lingkaran ini terbentuk? Ia hasil dari pembahagian tanah kepada penduduk mengikut adab masyarakat di sini.

Sawah Padi Spider Web Gergasi Ruteng Indonesia

Sawah Padi Spider Web Gergasi Ruteng Indonesia

 

Untuk ke sini, dari Labuan bajo atau dari Bandar Udara Komodo, ia memakan masa selama lebih kurang antara 3 jam hingga 4 jam mengikut jalan biasa yang mengikut turun naik bukit bukau. Jalan sempit dan agak kasar tetapi pengalaman pemandangan kiri dan kanan memang sangat cantik.

MrJocko singgah di Sawah Padi ‘SpiderWeb Cancar‘ di Ruteng ini selepas turun dari perkampungan Wae Rebo Village. Kalau dari Wae Rebo ke Ruteng, ia juga memakan masa sekitar 3 jam. Rak jauh, tetapi keadaan jalan yang berbukit dan laluan kampung melambatkan perjalanan.

 

Sawah Padi Spider Web Gergasi Ruteng Indonesia
Sawah Padi Spider Web Gergasi Ruteng Indonesia

Sawah Padi Spider Web Gergasi Ruteng Indonesia

Sawah Padi Spider Web Gergasi Ruteng Indonesia

 

“Sawah padi merentang luas di kaki bukit Kampung Melo, Manggarai Barat. Sawah padi ini untuk penduduk Manggarai bukan sekadar tempat untuk menanam padi, tetapi lebih dari itu. Ia umpama nilai hidup masyarakat di situ dengan penuh dengan makna dan falsafah.

Nenek moyang masyarakat Manggarai telah melaksanakan sistem pembahagian sawah yang disebut lingkaran (Lingko). Lingko adalah tanah komunal yang dimiliki komuniti untuk memenuhi keperluan masyarakat untuk urusan bercucuk tanam.

Ini ialah satu keajaiban lingkaran terletak di kampung Cancar, Kabupataen East Manggarai.

Di Cancar, terdapat sawah dengan bentuk sarang labah-labah gergasi (spiderweb) yang mengundang rasa ingin tahu ramai pelancong. Cancar adalah kawasan paling dekat dengan ibukota Manggarai Timur, Ruteng.”

Sumber : CNN Indonesia 

Untuk naik ke sini, setiap tetamu dikenakan bayaran sekitar IDR20,000 sahaja. Korang kena naik tangga dalam beberapa meter. Selepas itu, mata akan terpegun melihat keindahan alam ini. Dihadapan, terbentang luas sawah padi Spiderweb Cancar Gergasi yang memukau mata.

Kalau datang ke sini musim menuai, padi menguning pemandangannya sangat la cantik…

 

Sawah Padi Spider Web Gergasi Ruteng Indonesia
Gambar Sawah Padi Spider Web Gergasi Ruteng Indonesia

Sawah Padi Spider Web Gergasi Ruteng Indonesia

 

Tapi, kalau korang lalu di kawasan Ruteng dan sekitarnya, pemandangan Sawah Padi dari atas bukit memukau mata. Memang sayup mata memandang dan banyak view yang boleh dijadikan insprasi pengembara. Kalau ke Flores Indonesia, memang tak rugi. Banyak view cantik dan pasti akan banyak pengalaman baru.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.