Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Gambar Superbike Dan Motosikal Berkuasa Tinggi Di Jepun

Sepanjang pengalaman saya melancong ke negara Jepun, sesekali sahaja berkesempatan untuk melihat penunggang motosikal berkuasa besar berada di atas jalan. Dengan kata lain, di Jepun boleh katakan tiada langsung istilah Mat Rempit, tidak sama seperti di negara kita Malaysia. Ada kedai jual motosikal, ada yang menunggang motosikal tetapi tidak ramai seperti di negara kita. Ini beberapa keping Gambar Superbike Dan Motosikal Berkuasa Tinggi Di Jepun yang sempat saya rakam ketika bajet trip tahun 2019.

Tidak dinafikan, di Jepun juga ramai yang meminati motosikal dan mereka juga mempunyai kumpulan tertentu menggunakan motosikal berkuasa besar atau superbike. Sudah pasti, jenama yang mereka guna adalah jenama motosikal buatan Jepun sendiri seperti Kawasaki, Yamaha, Honda dan Suzuki, antara model popular di sana.

Baca : Harga Pakej Travel Bajet ke Tokyo Jepun 5 Hari 4 Malam

 


Gambar Superbike Dan Motosikal Berkuasa Tinggi Di Jepun

Gambar_Motosikal_Berkuasa_Tinggi_Di_Jepun_04 copy
 

Kalau nak lihat banyak motosikal berkuasa tinggi, boleh singgah di kawasan Tokyo Bay. Kawasan ini terkenal dengan beberapa kedai aksesori motosikal yang terkenal di Tokyo, iaitu Ricoland Tokyo. Di sini, umpama syurga peminat motosikal di Jepun. Orang Malaysia juga, akan ke sini jika mereka mencari pelbagai model tertentu dan limited edition. InsyaAllah, ada banyak koleksi helmet, parts dan aksesori yang mungkin akan menjadi carian anda.

Baca : Tempat Shopping Barang Motosikal di Ricoland Tokyo Bay

Gambar_Motosikal_Berkuasa_Tinggi_Di_Jepun_01

Gambar_Motosikal_Berkuasa_Tinggi_Di_Jepun_02

Gambar_Motosikal_Berkuasa_Tinggi_Di_Jepun_03

Gambar_Motosikal_Berkuasa_Tinggi_Di_Jepun_06

Gambar Superbike Dan Motosikal Berkuasa Tinggi Di Jepun 5
 

Kalau dilihat secara umum, penunggang motosikal di Jepun lebih berdisiplin, jauh berbanding penunggang kita di Malaysia. Mereka pastinya akan menggunakan motosikal yang cukup lengkap dengan peraturan di sana, menunggang mengikut hadlaju dan sangat santai berbanding pemilik superbike di negara kita. Satu lahi, jarang jumpa motosikal yang punyai ekzos yang bising dan memekik bunyinya.

Bukan nak puji, tapi itulah realiti lifestyle cara penunggang motosikal di Jepun. Walaupun ramai antara mereka menunggang motosikal yang mempunyai kuasa enjin melebihi 1000cc ke atas, namun gaya mereka berada di tengah laluan bandaraya sangat berdisiplin.

Harga motosikal superbike di Jepun, dengar kata lebih murah berbanding di Malaysia. Namun cukai atau caj parking untuk kenderaan ini saya tidak pasti. Tapi, beberapa tempat saya lihat ada ruang untuk parkir motor dan saya andaikan ia petak parkir motor percuma.

InsyaAllah, kalau ada peluang ke Jepun lagi, teringin nak tunggang motosikal di kawasan luar bandar atau laluan bukit bukau seperti di kawasan Kawaguchiko. Mesti best!!!

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.