Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Gambar Tanah Runtuh Di Bukit Cermin Putra Heights

Belum pun selesai isu tanah runtuh di Puncak Setiawangsa seperti entry MrJocko kat Setiawangsa, semalam di Putra Heights dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh diikuti dengan Banjir Lumpur.
Penutupan jalan di kawasan Bukit Cermin, Subang Jaya akibat daripada tanah runtuh sehingga menutupi sebahagian jalan Persiaran Kayangan, Putra Heights pada jam 6 petang tadi. Kerja-kerja pembersihan jalan sedang giat dijalankan. Tiada kerosakan dan kemalangan jiwa berlaku. Orang ramai dinasihatkan menggunakan jalan alternatif untuk pulang ke rumah.
Persoalannya, bila dah berlaku, baru nak tubuhkan badan siasatan, nak cari penyelesaian. Tragedi Highland Towers seperti dilupakan. Rasanya ada syarat ketat untuk pembinaan bangunan dilereng bukit atau tanah tinggi, tetapi dalam sesetengah kes, kenapa boleh diluluskan?
Lihat gambar tanah runtuh di kawasan Bukit Cermin, Putra Heights ini, nampak agak teruk. Lumpur dan tanah menyebabkan baberapa kereta dan kenderaan lain rosak teruk. Tanah menutupi jalan sepanjang 500 meter dan setinggi 1 meter.

Glamorous MrJocko

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.