Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Gambar Tanah Runtuh Di Setiawangsa, Jalan Bukit Setiawangsa 11

Semalam ada member share di Facebook pasal Tanah Runtuh di kawasan Setiawangsa. Kejadian berlaku menutup Jalan Bukit Setiawangsa 11. Katanya benteng konkrit di Bukit Setiawangsa di sini runtuh malam ini menyebabkan jalan utama di kawasan itu ditutup kepada kenderaan.

Kawasan ini dipercayai didiami oleh kawasan orang-orang kaya. Khabarnya 7 buah banglow menghadapi risiko bahaya tanah runtuh dan penghuni di nasihatkan berpindah dengan segera. 

Kejadian dipercayai berlaku dalam lingkungan jam 9 malam tadi.

Orang ramai khususnya penduduk tidak dibenarkan melalui jalan tersebut kerana masih terdapat pergerakan tanah, yang berisiko runtuh lebih teruk.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan , Jabatan Pertahanan Awam, dan pihak polis kini berada di lokasi bagi mengawal keadaan.

Setakat ini masih belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa. 

MrJocko dapat tengok beberapa gambar tanah runtuh di Setiawangsa yang di kongsi oleh forumer Cari.com.my

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.