Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kids Review Game Merlok 2.0 Lego Nexo Knights

Lego telah melancarkan barisan permainan yang baru dikenali sebagai Lego Nexo Knights. Permainan ini dilengkapi dengan aplikasi sampingan yang dikenali sebagai game Merlok 2.0 Lego. Ia adalah permainan mudah alih yang baru untuk anda dan anak-anak anda ‘sertai’ bersama-sama dalam penggembaraan Lego Nexo Knights.

MrJocko dan anak-anak MrJocko, Khalish dan Hasya telah mencuba bermain permainan ini ketika di ruang pameran Midvalley Megamall baru-baru ini. Secara peribadi, permainan ini Lego Nexo Knights dan Merlok 2.0 adalah permainan untuk anda mainkan setiap hari samada untuk dewasa, kanak-kanak dan sesiapa sahaja yang memang sukakan LEGO.

Baca : Mainan Lego NinjaGo Yang Menarik

 


Kids Review Game Merlok 2.0 Lego Nexo Knights

Merlok-2.0-Lego

 

Merlok 2.0 adalah permainan menyeronokkan. Khalish dan Hasya sendiri leka bermain dengan Merlok 2.0 ini. Tumpuan dan fokus mereka kepada game Merlok 2.0 ini nampaknya tidak terlalu ‘pressure’ mereka seperti permainan smartphone dan tablet yang lain. Sebab itu, game Merlok 2.0 menjadikan ia permainan maya LEGO yang bernilai melihat.

Merlok 2.0 adalah satu pertempuran ‘Combat’ hack-n-slash, dengan unsur-unsur RPG asas dan grafik yang indah. Knighton adalah sebuah pulau ajaib didiami oleh Nexo Knights, yang mana terdiri dari beberapa watak hero yang terkenal seperti Clay, Axl, Aaron, macy, Ava dan Robin. Senarai penuh watak-watak untuk LEGO NEXO KNIGHTS boleh anda lihat di sini —> http://www.lego.com/en-us/nexoknights/characters

Pulau ini telah diserang oleh Jestro (watak jahat) dan beberapa critters, raksasa lava. Matlamat anda adalah untuk mempertahankan diri dan memenangi pertempuran ini mengikut tahap demi tahap (level by level). Dengan ini anda perlu mewujudkan satu pasukan yang kuat, Nexo Knights untuk melawan penjahat. Anda mempunyai seorang ahli sihir, atau hantu seorang wizard dalam Fortrex, sebuah istana, di mana kesatria anda boleh menaik taraf kuasa mereka.

Kuasa Kesatrian Nexo 

Kuasa-kuasa yang datang dalam bentuk perisai, iaitu sebanyak 100+, akan bertindak sebagai sokongan ketika anda berperang. Permainan ini memberikan anda satu pengalaman permainan LEGO yang baru dalam memenuhi matlamat setiap level. Untuk menang, anda perlu mencari kuasa Nexo sama ada di dalam kotak mainan anda atau dalam talian Online.

Game Merlok 2.0 Lego Nexo Knights lego_nexo_knights_merlok_2.0_02 lego_nexo_knights_merlok_2.0_04 merlok_2.0_01

Game Merlok 2.0 Lego Nexo Knights NEXO-Knights-merlok-2.0-00

Berikut adalah di mana anda boleh mencari perisai kuasa Nexo:

  1. Pembelian Mainan sebarang produk LEGO NEXO KNIGHTS. terdapat ‘Shield’ yang boleh anda scan dan kumpul kuasa (Power)
  2. Talian Online – video Youtube dan filem pendek LEGO NEXO KNIGHTS yang anda akan dapati di laman web rasmi permainan.

Antara kelebihan permainan ini ialah : 
1. Ia PERCUMA
2. Boleh kumpul kuasa Adiktif Nexo
3. Grafik yang kelihatan baik
4. Mudah akses dan permainan yang sederhana mencabar
5. Tiada APPs, tiada iklan
6. Mata wang dalam permainan adalah agak mudah untuk mendapatkan
7. Nilai ulangan baik
8. Pilihan peta yang besar
9. Pilihan kenderaan yang menarik

Aplikasi Merlok 2.0 ini boleh didapati dari Google Play https://play.google.com/store/apps/details?id=com.lego.nexoknights.merlok&hl=en dan di Apple Store https://itunes.apple.com/us/app/lego-nexo-knights-merlok-2.0/id1007143930?mt=8

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.