Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Game-Onz U Mobile Pakej Data Prabayar Tanpa Had

U-Mobile telah mengumumkan pakej terbaru bersifat ‘add-on’ untuk pelanggan prabayar mereka. Ia lebih kepada pelanggan mereka yang Kaki Game. Di kenali sebagai Game-Onz, ia membolehkan pelanggan untuk menjadikan pelan prabayar mereka ke dalam hotspot WiFi mudah alih untuk bermain permainan dalam talian dengan ‘kelebihan’ data tanpa had. Inilah Game-Onz U Mobile Pakej Data Prabayar Tanpa Had.

Pakej Game-Onz U-Mobile memberikan penggunanya ketenangan dan tak perlu risau tentang kehabisan data semasa bermain permainan kegemaran anda pada permainan “Steam, Garena, dan Playone Asia“.

Baca : U Mobile Ada Pakej Prepaid Murah

 


Game-Onz U Mobile Pakej Murah Dan Berbaloi

game-onz-Umobile
 

Mobile memperkenalkan Game-Onz Mobile Pakej Data Prabayar Tanpa Had?

U Mobile sedar ramai ‘kaki game’ PC punyai sambungan WiFi atau sambungan jalur lebar yang agak perlahan ketika melayari permainan kegemaran mereka. U Mobile Game-Onz  berfungsi apabila anda menghidupkan telefon anda ke dalam hotspot WiFi mudah alih, dan disambungkan kepada mana-mana personal computer (PC) dan alami pkelajuan permainan online anda.

Pakej GAME-ONZ terbaru menawarkan data tanpa had bagi permainan berikut :

– Steam: Dota 2, Counter-Strike: Global Offensive, and Team Fortress 2
– Garena: League of Legends and FIFA Online 3
– Playone Asia: BlackShot and Echo of Soul

 

game-onz-umobile-package Game-Onz UMobile Pakej game-onz-umobile-package

 

Ada tiga pakej langganan untuk GAME-ONZ. Ia menawarkan pemain pilihan untuk harga yang berbeza. Pakej ini juga menawarkan jumlah data tertentu yang berkelajuan tinggi. Ada dua pakej menawarkan data tanpa had untuk permainan, manakala Pakej GameOnz50 – RM50 hanya menawarkan pakej 2GB Data dan 10GB Gaming, tetapi menawarkan tempoh sah sehingga 30 hari.

Maklumat ringkas pakej GAME-ONZ seperti di bawah :

 

Game-Onz U Mobile Pakej Game-Onz U Mobile Pakej ramona-game-onz-umobile-package

 

Oh ya,,, Untuk info, ini ialah Ramona Azween, seorang penyanyi dan seorang Professional Gamers yang terkenal di Malaysia. Ya, gadis cantik seperti Ramona Azween juga hebat dalam permainan video, khususnya permainan Counter Strike.

Untuk maklumat tambahan, bagi mereka yang melanggan Game-Onz, anda juga akan menikmati pakej Music-Onz secara percuma. Ia termasuk 19 lagi rangkaian perkongsian dari Spotify, JOOX, Tidal, KKBOX, Raku, dan pelbagai stesen radio.

Lawati Pakej U Mobile Murah sekarang untuk maklumat lanjut mengenai Game-ONZ.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.