Site icon Travel Blogger Malaysia

Ganbatte Tokyo Senarai Atlet Malaysia Ke Olimpik Tokyo 2020

Tinggal seminggu saja lagi, pasukan negara akan berjuang untuk Sukan Olimpik. Ganbatte Tokyo Senarai Atlet Malaysia Ke Olimpik Tokyo 2020 yang bakal menggalas harapan negara untuk bersaing dengan atlet dunia lain di Jepun. Sayang kali ini, kita tak dapat sama-sama ke stadium untuk menyaksikan sukan ini akibat kekangan wabak Covid-19.

Perancangan asal, memang kami nak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, tetapi apakan daya kita di Malaysia masih dalam Perlaksanaan PKP. Sempadan masih ditutup. Tambahan lagi, kerajaan Jepun juga menetapkan tiada penonton untuk sukan Olmpik tahun ini. kerana nak kawal dari kemungkinan bahaya penyebaran wabak Covid-19.

Jika tidak, kami memang merancang untuk ke Tokyo selama seminggu dengan menginap di Capsule Hotel yang murah di bandaraya Tokyo.

ganbatte atlet malaysia tokyo 2020

Baca : Winter Trip Tokyo 2020 Travel Sebelum Covid-19

 


Ganbatte Tokyo Senarai Atlet Malaysia Ke Olimpik Tokyo 2020

ganbatte-tokyo-atlet-olimpik-malaysia
 

Seramai 30 atlet Malaysia bakal membawa semangat perjuangan untuk acara sukan paling lama dalam sejarah dunia ini. Ini dia senarai acara sukan dan atlet yang mewakili Malaysia ke Temasya Olimpik 2020:

Memanah
Individu lelaki: Khairul Anuar Mohamad
Individu wanita: Syaqiera Mashayikh

Olahraga
Lompat tinggi: Lee Hup Wei
100 m wanita: Azreen Nabila Alias

Badminton
Perseorangan lelaki: Lee Zii Jia
Perseorangan wanita: Soniia Cheah
Beregu lelaki: Aaron Chia-Soh Wooi Yik
Beregu wanita: Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean
Beregu campuran: Chan Peng Soon- Goh Liu Ying
 

Ganbatte Tokyo Atlet Malaysia Olimpik Tokyo 2020

Lee Zii Jia – Badminton
Azizulhasni Awang – Berbasikal
Farah Ann Abdullah – Gimnastik

Berbasikal
Keirin lelaki: Mohd Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom
Pecut lelaki: Mohd Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom

Terjun
Tiga meter papan anjal individu wanita: Nur Dhabitah Sabri, Ng Yan Yee
10 meter platform individu wanita: Pandelela Rinong Pamg, Cheong Jun Hoong
10 meter platform seirama wanita: Pandelela Rinong Pamg/ Leong Mun Yee

Golf
Individu lelaki: Gavin Green
Individu wanita: Kelly Tan

Gimnastik
All around wanita: Farah Ann Abdul Hadi
All aroung lelaki: Jeremiah Loo Phay Xing

Pelayaran
Laser lelaki: Khairulnizam Mohd Afendy
Laser radial wanita: Nur Shazrin Mohd Latif
International 470 wanita: Nuraisyah Jamil, Juni Karimah Noor Jamali

Menembak
50 meter rifle wanita 3 Position: Suryani Mohamed Taibi

Renang
200 meter dan 400 meter gaya bebas lelaki: Welson Sim Wee Sheng
100 meter dan 200 meter kuak dada wanita: Phee Jinq En

Sumber Berita : Harian Metro Atlet Malaysia

Kami sebagai rakyat Malaysia mengucapkan Selamat Berjaya Ganbatte Malaysia kepada semua atlet Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo 2020. Berikan yang terbaik untuk negara. Semoga kali ini kita berjaya membawa pulang sekurang-kurangnya 1 Pingat Emas Olimpik.

Kami mengharapkan Emas Olimpik Tokyo 2020 datang dari Azizulhasni Awang dan juga dari Badminton, Lee Zii Jia.

Sukan Olimpik Rio 2016, kita hanya mampu membawa pulang 4 Pingat Perak dan 1 Pingat Gangsa. Semoga temasya Olimpik Tokyo mencipta satu lagi sejarah buat sukan Malaysia dengan kilauan Emas.

Ayuh, Ganbatte Malaysia!!!

Exit mobile version