Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Gangnam Style – Fikir Di Luar Kotak

Dah hampir sebulan, fenomena PSY Gangnam Style dari Korea Selatan ini menjadi bualan seluruh dunia. Aksi lagak joget yang menjadi ikutan peminat seluruh dunia ni semakin mendapat tempat di hati peminat muzik. Ramai juga yang mula mengikuti dan membuat parody pasal Gangnam Style ni. Oppa KL Style la, Oppa Kampung Style, Oppa Raya Style la dan macam-macam lagi.
Pastu timbul pulak ada yang komen dan memberikan pendapat bahawa PSY Gangnam Style ini menghina Islam. Ada pula penganalisis yang tidak berbayar mula melakukan siasatan pasal video clips PSY Gangnam Style ni, maka muncul la analisis yang mengatakan ada gambar burung seakan burung Buraq, pastu tangan yang di silang umpama Kristian la dan macam-macam lagi.
MrJocko rasa ‘mungkin’ ini salah satu sebab mengapa orang bukan Muslim makin lama mula pandang serong kepada kita orang Muslim. Asal mereka buat sesuatu, ada golongan masyarakat Islam berpandangan yang mereka mahu merosakkan kita. Ada timbul perasaan Syak dan fikir mereka mahu menjatuhkan kita.
Dari segi agama, MrJocko bukan Ustaz, bukan bijak pandai, tetapi harap kepada kawan-kawan, kalau tiada ilmu yang cukup, benda-benda yang melibatkan agama, kalau tidak tahu, tak perlu lah nak komen, kerana ia mungkin member kesan negatif kepada rakan-rakan kita yang lain.
Ini bukan bermaksud MrJocko setuju dengan aksi goyang joget Gangnam Style kerana apa-apa sahaja yang melalaikan, ia memang haram. Semua orang tahu. Sememangnya kalau diikutkan, hiburan itu sudah tidak memenuhi kriteria kita orang Islam. Cuma, sebagai Muslim, jangan pula ada yang berlebih-lebih memberi anggapan dan pandangan negatif kepada mereka.
Tunggu komen dari Ustaz yang bertauliah.

MrJocko.com

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.