Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Servis Kereta Cara Ganti Gasket Enjin Kereta Yang Bocor

Minggu lepas selepas hantar Khalisha ke sekolah, MrJocko terus singgah di bengkel kereta favourite di Segambut Tengah untuk repair kereta. Rasa macam tak best bila drive. Bunyi enjin kasar dan rasa macam semput. Kata member perlu Ganti Gasket Enjin yang bocor.

Sampai jer bengkel, angkat naik kereta, tengok bawah sekali tengok minyak hitam dan menitik kat bahagian bawah enjin. Rupanya selepas diperiksa, gasket enjin Kereta Proton Campro Gen2 ni dah bocor.

Baca : Tips Servis Kereta Sebelum Pulang Beraya Di Kampung

 



 

Servis Kereta Cara Ganti Gasket Enjin Kereta Yang Bocor

Ganti Gasket Enjin Kereta Yang Bocor
Ganti Gasket Enjin Kereta Yang Bocor

 

Mahu tak mahu, tiada pilihan lain. Kena tukar gasket dan timing belt sekali kerana sudah terkena minyak. Bimbang takut rosak. Kali ni kena spend lebih untuk servis kereta. Gasket Campro Gen2 RM10, Timing belt enjin Campro RM170, Minyak Hitam dan Filter RM90, Aircond Filter RM40 dan upah servis RM170.

Lepas ni kena cari duit lebih,,, cover balik kos repair kereta ni 😉

 

Ganti Gasket Enjin Kereta Yang Bocor

 

Ganti Gasket Enjin Kereta Yang Bocor
 

Baca : MrJocko dan Cerita Tentang Kereta

Apa Maksut Gasket Kereta?

“Gasket ialah kepala silinder yang terletak di antara blok dan kepala. Semua lubang yang diperlukan dibuat di dalamnya, secara teknikal, untuk pengancing dan silinder. Ukuran dan kuantiti unsur-unsur ini bergantung pada modifikasi motor. Terdapat juga lubang untuk peredaran antibeku di sepanjang jaket mesin, yang menyediakan penyejukan enjin pembakaran dalaman.”

Sebaiknya, jika anda ada kereta, cuba amalkan buat servis kereta secara berkala. Maksudnya, sentiasa servis dan jaga kenderaan anda dengan sebaiknya mengikut tempoh masa yang ditetapkan seperti kebiasaannya untuk kereta adalah 5,000 km perjalanan atau 3 bulan mana yang terdahulu untuk memastikan kereta anda berada dalam keadaan prestasi terbaik.

Kalau ganti minyak hitam, ganti gasket enjin kereta kira kos yang agak minor. Agak murah. Jangan sampai kena masalah yang major melibatkan kos repair yang mahal, nanti pening jugak nak bayar kan?

Glamorous MrJocko

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.