Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Gaya Macho MrJocko Di Blog O’Rama Majalah LIBUR

Selepas beberapa tahun ini selepas aura Abang Ensem dan Boni Kacak yang semakin merudum, kini zaman kegemilangan ke’Macho’an MrJocko yang kini semakin meniti di bibir setiap awek-awek Blogger. Paling menyerlah selepas gambar Eksklusif Gaya Macho MrJocko dipaparkan di laman blog IenaEliena.com bulan Disember 2014.

 

Berita tentang aksi macho MrJocko dengan gaya umpama penceramah terhebat mengalahkan Dr Azizan Osman semakin mendapat tempat di hati peminat-peminat lelaki Macho di Malaysia. Sehinggakan, Bro Framestone sudah mula dengki dan iri hati dengan kemachoan MrJocko.

 

 

 

MrJocko_Blogger_Travel_Malaysia

 

Gaya Macho MrJocko

 

Banyak cerita dan kisah untuk MrJocko cerita sepanjang pelancaran Kolum Blog O’ Rama Majalah LIBUR dan Blooggers Media bertempat di Starbucks Drive Thru Kota Kemuning pada 20 Disember 2014 yang lepas.

Nak kongsi siapa blogger yang dijemput eksklusif sertai majlis private ini, siapa yang jadi Pengacara Majlis, siapa yang bawa pulang Lucky Draw bernilai RM1,500++ dan banyak lagi. Paling menarik, koleksi gambar-gambar spontan semasa even Blog O’ Rama Majalah LIBUR dan Blooggers Media.

 

InsyaAllah MrJocko akan kongsikan gambar-gambar Gaya Macho MrJocko dan beberapa gambar lelaki tampan seperti Bro Framestone, Maha Mahu, Khudri Halim, Faez Ramly, Mohd Zarin dan awek-awek cun lain yang sertai majlis private dari pihak Karangkraf ini.

 

Terima kasih kepada yang sertai Blog O’ Rama LIBUR dan Blooggers Media. Tak lupa kepada penaja utama kami, Karangkraf Malaysia.

6 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.