Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Resipi Terbaik Di Gazi Restaurant Melbourne George Calombaris

Gazi Restaurant Melbourne salah satu lokasi yang MrJocko impikan untuk singgah di sini semasa mula-mula ditawarkan untuk sertai Media FAM Trip Melbourne yang lepas. Bila dapat tahu ada masa untuk singgah menikmati menu makanan halal di Gazi Restaurant Melbourne, MrJocko sangat teruja dan memang menantikan saat-saat tersebut. 

 

Hari pertama kami di Melbourne, kami akhirnya ke Gazi Restaurant Melbourne untuk merasai sendiri kehebatan menu dan suasana restoran terbaik di Melbourne ini kepunyaan Pengadil Masterchef Australia George Calombaris.

 

 

 

 

 

Gazi Restaurant Melbourne

 

 

 

Gazi Restaurant Melbourne

 

 

Giorgos “George” Calombaris is an Australian chef and restaurateur, and a judge of the Network Ten series MasterChef Australia. Prior to his role on MasterChef, Calombaris regularly appeared on the daytime Ten cooking show Ready Steady Cook.

 

Kalau anda peminat rancangan memasak, tidak perlu lagi diperkenalkan nama George Calombaris ini kerana beliau antara Chef Juri untuk program Masterchef paling ramai ditonton di dunia iaitu Masterchef Australia.

 

 

Gazi Restaurant Melbourne

 

 

 

Antara menu yang kami cuba di Gazi Restaurant Melbourne tempohari ialah Kebab, Roti Naan, Cheese, Udang Bakar, Roti Pita Daging dan Soft Shell Crab dan beberapa desserts yang sudah lupa untuk disebut. Untuk pengetahuan anda, dahing yang digunakan di Gazi Restaurant Melbourne adalah dari daging halal.

 

Untuk hidangan makanan halal di Gazi Restaurant Melbourne, anda dinasihatkan maklumkan terlebih awal kepada staff restoran supaya chef di Gazi Restaurant Melbourne dapat menyediakan menu tersebut mengikut citarasa anda. Ini adalah salah satu kelebihan Gazi Restaurant Melbourne yang diakui antara restoran terbaik di Melbourne dan Australia.

 

 

 

 

 

 

Gazi Restaurant Melbourne

 

 

 

Gazi Restaurant Melbourne

 

Gazi Restaurant Melbourne

 

 

 

 

Sudah pasti, suasana di Gazi Restaurant Melbourne juga menjadi pilihan pengunjung kerana ia sentiasa penuh dan dikunjungi ramai penggemar masakan sedap terutama warga Melbourne. Sebaiknya anda perlu melakukan tempahan awal dahulu untuk makan di sini kerana ia sentiasa penuh dan padat dengan peminat masakan citarasa George Calombaris Masterchef.

 

 

Tambahan pula, kedudukan restoran Gazi Restaurant Melbourne ini berdekatan dengan kawasan tumpuan dan ia senang akses oleh sesiapa sahaja menjadikan ia semakin popular disamping rasa menu makanan yang sedap dan terbaik.

 

Jika di tanya, “Apa menu halal yang sedap di Gazi Restaurant Melbourne?”

MrJocko akan kata SEMUANYA kerana dari Starter, Appetizer, Main Course sehingga kepada Desserts, semunya memang sangat sedap dan berbaloi kami semua singgah makan malam di Gazi Restaurant Melbourne.

 

Namun, bukan rezeki kami untuk Media FAM Trip kali ini kerana sewaktu kami ke sana, George Calombaris sedang berada di rakaman Masterchef Australia Musim Terbaru dan kami hanya sempat bersembang dengan Pembantu Peribadi George untuk sessi lawatan tajaan Tourism Victoria ini.

 

Untuk anda yang nak ke Melbourne, Emirates Airline menyediakan satu penerbangan setiap hari terbang terus dari KLIA ke Melbourne.

 

 

 

 

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.