Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Gedung Ubat Tanjung Kubong Labuan Misteri Sejarah Perang

Ketika mula-mula sampai di Wilayah Persekutuan Labuan tahun 2011, kami sekeluarga sempat ke Chimney Arang batu Labuan sahaja. Sebenarnya, tak jauh dari Chimney Labuan ni, ada satu lagi destinasi pelancongan yang menarik di sini, wajib anda lawat iaitu Gedung Ubat Tanjung Kubong Labuan Misteri Sejarah Perang.

Untuk ke sini, anda kena berjalan kaki sekitar 10 minit sahaja. Trek laluan pejalan kaki memang sudah ada dah ia adalah laluan mudah sahaja untuk semua pringkat umur. Di hujung tebing, akan ada satu binaan berbentuk seakan igloo, dan di sini dahulunya dikatakan adalah lokasi pihak Tentera Jepun menyimpan ‘ubat’ peluru ketika zaman Perang Dunia Ke-2.

Baca : Destinasi Yang Popular di Labuan

Gedung Ubat Tanjung Kubong Labuan Misteri Sejarah Perang

Gedung-Ubat-Tnjung-Kubong-Labuan-08 copy
 

Masuk ke kawasan ini adalah percuma. Tetapi sebaiknya, kalau datang berkumpulan, boleh singgah dahulu di Muzium Chimney Labuan untuk mendapatkan informasi dan bantuan jika perlu.

Informasi Tentang Gedung Ubat Labuan

Kedai Gedung Ubat (Ammunition Store) dipercayai merupakan kawasan simpanan untuk meriam, peluru dan bahan letupan oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia II.
Strukturnya berbentuk silinder dengan ketinggian 3.5 meter. Ia mempunyai bumbung berbentuk kerucut dan pintu yang menghadap ke laut.

Struktur Gedun gUbat ini mempunyai reka bentuk yang menarik, di mana dindingnya terbuat dari bata tebal yang diatur sedemikian rupa sehingga ada lubang-lubang kecil di antara untuk ruang pengudaraan.

Gedung-Ubat-Tnjung-Kubong-Labuan-01

Gedung-Ubat-Tnjung-Kubong-Labuan-02

Gedung-Ubat-Tnjung-Kubong-Labuan-03
 

Dalam jarak 100 meter, sudah boleh lihat betapa lokasi ini sebenarnya cantik untuk dijadikan landskap fotografi.

Dengan pokok-pokok sekeliling, semak dan pokok renek di kawasan ini menjadikan kawasan Gedung Ubat Labuan ini lebih menarik sebenarnya.

Gedung-Ubat-Tnjung-Kubong-Labuan-04

Gedung-Ubat-Tnjung-Kubong-Labuan-05
Gedung Ubat Labuan

Gedung-Ubat-Tnjung-Kubong-Labuan-06

Gedung-Ubat-Tnjung-Kubong-Labuan-06

Gedung-Ubat-Tnjung-Kubong-Labuan-07
 

Kalau dari Gedung Ubat, anda menuruni tebing di hujung sana, akan ada tinggalan Jeti lama dan persisir pantai yang ada ruang ruang gua kecil. Ini adalah lokasi kapal berlabuh ketika zaman perang World War 2, yang ketika itu menjadikan Labuan sebagai pusat di sekitar Borneo.

Baca : Gedung Ubat Labuan Tourism

Sebab itu, rugi kalau anda dah sampai di Labuan, tetapi tidak singgah di kawasan sejarah dunia ini. Datang sendiri dan lihat bagaimana lokasi tempat penyimpanan peluru ini dan keindahan kawasan ini yang masih belum diteroka oleh pembangunan. Pasti, akan ada sesuatu yang boleh anda banggakan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.