Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

gelaran TAK BAIK

“Dari segi syarak, barang siapa menggelar seseorang dengan panggilan yang tidak disukai oleh individu terbabit, maka mereka termasuk dalam kalangan golongan fasik dan mendapat dosa,” kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

“Dalam al-Quran telah termaktub bahawa memaki, menghina dan mengeji adalah perbuatan yang mendatangkan dosa. Oleh itu, saya tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap penulis blog berkenaan, biarlah mereka diadili oleh Allah SWT,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Dalam perkembangan sama, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan menasihati penulis blog atau laman web supaya lebih menjaga adab dan bertanggungjawab ketika menulis.

“Kenalah beradab dan bertanggungjawab dalam melapor atau memberi sesuatu pandangan. Jangan kerana mahu mempopularkan blog atau website maka bahasa atau istilah yang tidak beretika digunakan,” katanya.

Setuju sgt2 dgn apa yg Mufti Perak ni ckp. Kalau kita tak suka orang kutuk kita, semestinya kita jgn mengutuk orang. Kalau rasa tak suka pada orang lain, buat2 tak tau udah la.

Tp blogger zaman skang ni, ramai yg suka main sedap tulis. Kutuk sana, kutuk sini, maki sana dan maki sini. Tambah2 blog orang politik. Bagi normal blogger yg tak femes cam kita smua, sila jaga tatasusila anda sebagai manusia bertamadun 🙂
p/s : aku pun ada maki2 dlm blog ni…
One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.