Gempak Raya Jakel 2015 Baju Raya Aaron Aziz Nabil Ahmad Cik Ta dan Upin Ipin
|Promosi Gempak Raya Jakel 2015 yang berlangsung di Wisma Jakel pada hari Sabtu, 27 Jun 2015 minggu lepas memang meriah. Lebih meriah kerana ini adalah promosi tawaran diskaun dan juga sesi lelongan baju-baju raya terbaik, ‘ready made’ dengan harga diskaun melebihi 50%.
Pihak Jakel bermurah hati memberikan 100 pasang Baju Melayu Aaron Aziz PERCUMA kepada mereka yang terawal. Tanpa membuat pembelian, mereka yang terdahulu sampai di Wisma Jakel Shah Alam, mereka berhak menerima Sehelai Pakaian Baju Melayu Aaron Aziz. Tidak cukup dengan itu, bos besar Jakel Textile nampaknya sangat bermurah hati apabila menawarkan 400 helai lagi Baju Melayu, baju raya bagi mereka yang membeli baju melayu Aaron Aziz dan juga Nabil Ahmad. Ini bermakna, anda beli satu, anda akan dapat sehelai lagi set Baju Melayu dengan PERCUMA.
Promosi Gempak Raya Jakel



Promosi Gempak Raya Jakel 2015
Selepas mengadakan ‘Gempak Raya Jakel 2015 di Jakel Kota Bharu, Jakel Johor Bahru, Jakel Mall Kuala Lumpur, kini mereka di Wisma Jakel Shah Alam.
Para pengunjung di Wisma Jakel Shah Alam kemudiannya riuh rendah serta teruja dengan kehadiran Duta Baju Melayu Jakel iaitu Aaron Aziz dan Nabil Ahmad. Turut menemani mereka ialah adik Mia Sara dan Rykal, sebagai duta Baju Raya Upin dan Ipin.
Aaron Aziz dan Nabil Ahmad pula tidak melepaskan peluang untuk melelong Baju Melayu koleksi mereka dari Jakel dengan harga tawaran lelong serendah RM130 (harga asal RM299) bagi setiap set (Baju Melayu, Seluar, Samping serta Butang Baju Melayu.)
Dengan setiap pembelian Baju Melayu di Jakel Textile pada kali ini mereka berpeluang secara eksklusif bergambar dengan Aaron Aziz dan Nabil Ahmad di pentas utama. Meriah!!!
Menurut pihak Jakel Textile, mereka menawarkan lebih 1 juta pasang baju raya di Jakel untuk pilihan pelanggan Jakel Textile di seluruh Malaysia. Untuk info, stok Baju Raya Koleksi Upin Ipin nampaknya sudah hampir kehabisan dan akan ditambah dalam masa yang terdekat.
Gempak Raya Jakel 2015


Untuk anda yang masih mencari baju melayu untuk hari raya dan juga koleksi baju kurung yang cantik dan menawan, boleh ke gedung tekstil Jakel untuk mendapatkan koleksi Baju Melayu Aaron Aziz, Baju Melayu Nabil Ahmad, Baju Raya Upin Ipin serta Baju Kurung Rozita Che Wan yang menarik.
Lihat koleksi baju raya Aaron Aziz, Nabil Ahmad dan Rozita Che Wan di sini, anda mungkin akan terpesona dan mahukan baju raya terbaik tahun ini, hanya di Jakel Textile.
Gempak Raya Jakel 2015



actually memang banyak pilihan kat Jakel ni 🙂