Gempar Bangunan KLCC Terbakar
|Tadi masa lepak minum-minum, ada member Tweet bagitau Bangunan KLCC terbakar … Hah??? Betul ker? Aku belek pulak FB, ada juga member share berita gempar di KLCC ada bangunan terbakar. Tetapi, yang terbakar tu bukan kat KLCC Tower 1 dan Tower 2, tetapi kat restoran Chinoz in the Park.
Aku sendiri pun tak pernah makan kat Chinoz KLCC ni, pasal aku rasa mahal kot. Chinoz ni duk ground floor kalau tak silap aku. Cafe yang selalu Mat Salleh selalu lepak, menu masakan western kot.
Khabarnya tadi, petang selepas waktu pejabat, berita gempar Chinoz KLCC terbakar. Kebakaran tahap serius macamana aku tak tahu, tetapi yang aku dengar satu KLCC kecoh jugak. Banyak yang risau pasal malas nak turun ke ground floor dengan turun melalui tangga. Kalau duk tingkat 88 camana? Tercabut kelapa lutut,,, kan….
Kalau sesiapa tahu berita sebenar, tolong update yer… Terima kasih. Kalau betul terbakar, harap semua selamat.