• Tue. Oct 3rd, 2023

Geng Custom Bikers Bandung Geng Motosikal

Geng-Bikers-Bandung-03

Ada banyak rahsia tersembunyi di kota Bandung. Rasanya, masih ramai yang belum tahu tentang rahsia-rahsia Kota Bandung, lebih lebih lagi di waktu malam. Antara yang menarik tumpuan MrJocko ialah di sepanjang Jalan Asia Afrika. Di jalan ini, ada banyak aktiviti menarik perhatian pelancong, tambah-tambah lagi bila tiba waktu malam. Ada Geng Custom Bikers Bandung Geng Motosikal.

Antara yang best, bila anda dapat join geng-geng Custom Bikers yang berpusat di Bandung ini. Di Jalan Asia Afrika ini anda akan dapat melihat banyak kumpulan Motorsikal berkumpul dan menayang dan memperagakan motorsikal masing-masing. Pelbagai jenama, jenis dan model ubah suai dapat anda lihat di sini.

Baca : Destinasi Popular di Bandung Indonesia

Geng Custom Bikers Bandung Geng Motosikal

Geng Custom Bikers Bandung

 

Ada yang menunggang Harley Davidson, Triumps old skool dan pelbagai jenis motorsikal yang MrJocko sendiri tidak pernah dengar namanya. Kebanyakkan model-model ini adalah model lama dan ia diubah suai dengan baik dan cantik di samping menggunakan enjin baru. Mengujakan.

Anda akan dapat melihat kumpulan Geng Custom Bikers Bandung ini pada waktu malam dan paling meriah bila tiba waktu malam minggu. Ramai ahli kumpulan mereka akan berkumpul di Jalan Asia Afrika ini dan ada yang datang dari Jakarta, Jogja dan juga Surabaya semata-mata mahu berkmpul di Bandung.

Andai anda peminat motosikal, jangan lepaskan peluang. Singgah la di Jalan Asia Afrika sebelah malam minggu dan anda akan teruja dengan koleksi motosikal lama yang di ubah suai ini. Pelbagai jenis, pelbagai model dan pelbagai bentuk yang menarik.
 

Geng Custom Bikers Bandung

 

Geng Custom Bikers Bandung

 

Geng Custom Bikers Bandung ini nampak sahaja muka ganas dan liar, tetapi jangan salah sangka. Mereka memang Friendly dan Sporting. Caya lah brader semua, anda semua memang terbaik. Jeles tengok motorsikal mereka, memang cantik-cantik semua.

By MrJocko

I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.