Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Gerai Cendol Durian Runtuh Chow Kit Kampung Baru KL

Kaki Makan pasti pernah singgah di sini. Gerai Cendol Durian Runtuh Chow Kit Kampung Baru, terletak di Jalan Raja Bot, bersebelahan dengan Pasar Chow Kit. Senang sahaja nak cari gerai ni, kerana ia berada di tepi laluan utama kalau anda memasuki Pasar Chow Kit. Di sini ada menghidangkan menu Cendol Biasa dan juga Cendol Durian Runtuh Chow Kit yang terkenal.

Kalau datang dengan motorsikal atau teksi serta grab, senang sahaja, tak perlu risau tentang tempat parkir. Tapi, kalau anda datang dengan memandu kereta, terpaksa parkir kereta jauh dari gerai ni kerana ia satu kawasan yang agak sempit dan terhad dengan ruang parkir peniaga-peniaga di kawasan ini.

Baca : MrJocko dan Makan Makan

 


Gerai Cendol Durian Runtuh Chow Kit Kampung Baru

gerai cendol durian runtuh chow kit 01 copy

gerai cendol durian runtuh chow kit 02
Gerai Cendol Durian Runtuh Chow Kit

 

Untuk lebih memudahkan anda navigasi ke lokasi Gerai Durian Runtuh Chow Kit ini, guna alamat ini : No. 57, Lorong Raja Bot, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Gerai ini dibuka seawal jam 3.00 petang hingga ke jam 3.00 pagi. Bukan sahaja cendol, ia juga menyediakan menu lain seperti Bakso dan Nasi Ayam Penyet.

Untuk menu Cendol Durian, ia memang dihidangkan dengan mangkuk sederhana dan puas hati. Tak seperti Cendol Durian di tempat lain, setiap mangkuk akan mempunyai sekitar 4 – 5 ulas durian. Memang banyak. Berbaloi dengan harga sekitar RM15 semangkuk.

gerai cendol durian runtuh chow kit 03
Cendol Durian Sedap
gerai cendol durian runtuh chow kit 04
Ada menu Nasi Ayam Penyet

Harga Cendol biasa sekitar RM6.00 sahaja, tidak la mahal sangat. Tapi kalau makan Cendol Durian Kampung, harga sekitar RM13 hingga ke RM17 mengikut harga durian semasa. Kalau nak makan Cendol Durian Musang King pun ada, tetapi harga dia mengikut harga premium Durian Musang King. Agak mahal sedikit tetapi kualiti di jamin premium. Kalau buah Durian Musang King rosak atau berair, boleh diganti dengan segera.

Jadi, kalau anda peminat cendol dan peminat cendol durian, boleh la singgah di Cendol Durian Runtuh Chow Kit untuk mencuba sendiri apa yang diviralkan di internet tentang kehebatan Cendol Durian di Kuala Lumpur ini.

Untuk pandangan peribadi saya, dari segi lokasi yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur, harga yang berpatutan dan kualiti makanan di sini memang berbaloi untuk anda semua cuba. Tips untuk makan lebih best di Gerai ini, order Cendol biasa, lepas tu belilah sebijik durian untuk diletakkan di dalam Cendol anda. Confirm, sangat berbaloi…

5 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.