Site icon Travel Blogger Malaysia

Jom Makan Durian Murah Di Gerai Durian SS2 Petaling Jaya

Holla. Jom Makan Durian Murah Di Gerai Durian SS2 Petaling Jaya. Tahu tak kat mana terletak gerai durian di Petaling Jaya ni?

Sebenarnya, nak di jadikan cerita, entah camana hari tu aku tertengok orang makan durian kat dalam TV. Sekali anak-anak aku dah mula kecoh ajak pergi makan durian sebab mereka pun sudah terpengaruh dengan keenakkan buah durian.

Semalam, masa makan malam kat Ali Food’s Corner memang nak singgah beli durian kat depan gerai tu, alih2 aku tengok tinggal sebijik dua jer. Tak best plak kalau tak bleh nak pilih2 ni.

Gerai Durian SS2 Petaling Jaya

Gerai Durian SS2 Petaling Jaya

 

So, hari ni, kami nekad cari durian. Lokasi pilihan, pusat gerai2 durian di SS2, Petaling Jaya. Tempat yang sebetulnya, berada betul2 di belakang stesen BHP dan Balai Polis. Senang jer nak cari.
Mula2 aku duk survey dan google dalam internet terjumpa la dengan http://www.durianss2.com/. So target asal nak ke sana. Alih2 sampai ke sana dlm jam 6.30pm aku tengok banyak kedai lain kat sana. So, lagi bagus, senang nak buat pilihan. 

Mula2 sampai aku ingat ni tempat jual durian jugak. Walawei, nampak eksklusif sungguh, skali baru aku perasan ni Restoran… tersalah sangka pasal nama dia King of Good Food. Ingatkan King of Fruits = Durian

Asalnya kat situ ada buffet durian. Asal aku tengok harga Rm10 per pax, makan sampai kenyang. Alih2 sudah tukar kepada RM15 per pax. Dan kami jugak kureng bernasib baik, pasal menu buffet tu dah abis. Maknanya durian buffet yang kecik2 tu dah abis, skang tinggal yang timbang kilo ajer…

Lepas pilih gerai mana yang sesuai, chup tempat duduk dan aku pegi pilih durian. Aku ambik longgok 3 biji for RM20 dan lagi 2 bijik size besar yang timbang kilo. Total semua RM60.00 sahaja. Durian jenis apa aku lupa. Cuma aku dengar Bangla yang tolong timbang dan kopek durian tu cakap D24, Musang dan satu lagi kecik Kunyit.

Mula aku ingat nak order air, tp nampak cam air kelapa jer yang ada. Skali tak yah nak beli pasal tauke kedai sudah kasi air mineral sorang satu.

Dan, bila dah durian kat depan mata sudah terhidang, apa lagi,,, ngap jer la… Nyum nyum…


Hasya dan Khalisha yang paling suka durian… aku dan wife pun suka jugak,,, 🙂

Exit mobile version