Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Gerai Kebab Halal Doner Kebab Di Ameyayokocho UENO Street

Gerai Kebab Halal Doner Kebab Di Ameyayokocho adalah salah satu lokasi gerai makanan halal kalau anda berkunjung ke negara Jepun. Sekitar Ueno street, nama gerai Doner Kebab agak famous kerana ramai orang Muslim kat kawasan ini lebih suka makan Kebab di Doner Kebab. Kawasan ini kalau ikutkan diberi nama Ameyayokocho, tetapi aku senang ingat, aku panggil Ueno Street sahaja kerana ia dekat dengan Ueno Station, Tokyo.

Ada seorang kakak yang kebetulan kami jumpa di kawasan itu kata selama lebih kurang setahun lebih dia di Ueno, dia cuma yakin untuk beli Kebab di Doner sahaja berbanding gerai Kebab lain sekitar itu. Alasannya dia kata dia yakin daging dan bahan yang Doner Kebab guna adalah Halal. Camana dia begitu pasti, MrJocko pun tak de la nak tanya panjang lebar.

Baca : Menu Makanan Halal Di Tokyo Jepun

 


Gerai Kebab Halal Doner Kebab Di Ameyayokocho UENO Street

Gerai Kebab Halal Doner Kebab Di Ameyokocho
Gerai Kebab Halal Doner Kebab Di Ameyokocho

 

Area Ueno Street ini memang banyak gerai Kebab dan beberapa gerai makanan negara Timur Tengah, tetapi yang paling terkenal semestinya kebab. Kalau anda ke Ueno Street, jangan risau, ada banyak pilihan makan halal di sini.


Gerai Kebab Halal Doner Kebab Di Ameyokocho

 

Gerai Kebab Halal Doner Kebab Di Ameyokocho

 

Menu makanan Kebab di Doner Kebab Ueno Street ini, setiap kebab ayam atau daging dijual dengan harga 500 Yen. Kalau nak jimat, beli pakej cuma 600 Yen dan anda boleh pilih minuman berkarbonat pilihan anda. Kalau di convert kepada nilai RM masa tu sekitar RM18.00 bagi setiap kebab dan air. Maknanya, tak ada la mahal sangat kan?

Memandangkan kebab ni tak banyak beza, jadi MrJocko boleh kata, rasa kebab di Doner Kebab Ueno Street ni masih lagi sedap dan seperti yang kita biasa makan di Kuala Lumpur. Ini kerana pengusaha Doner Kebab ini ialah perniagaan adik-beradik dari negara Turki dan mereka telah menjalankan perniagaan kebab ini lebih dari 5 tahun di Ueno Street dan mempunyai 3 gerai di kawasan Ueno Street.

 

 

Gerai Kebab Halal Doner Kebab Di Ameyokocho
Gerai Kebab Halal Doner Kebab Di Ameyokocho

 

Kalau ke Ueno Street, Tokyo, jangan lupa cari kebab di Doner Kebab. At least anda akan rasa anda sudah biasa dengan makanan negara Timur Tengah yang sememangnya ada di Malaysia dan boleh alas perut selama beberapa jam sebelum mendapatkan makanan utama anda.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.