Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Gerai Kelate Kito Taman Samudera Gombak Ada Jual Nasi Berlauk Sedap

Semalam MrJocko bawa family makan-makan sekitar Gombak. Dan kalau ke Gombak sebelah pagi, kami pasti akan singgah di Gerai Kelate Kito Taman Samudera betul-betul bersebelahan dengan lokasi Giant Hypermarket. Ada juga yang gelarkan nama gerai ini Gerai The Red Warriors Taman Samudera Gombak.

Gerai Kelate Kito Taman Samudera ni adalah gerai yang diusahakan oleh orang Kelantan dan menggunakan konsep gerai penyokong tegar The Red Warriors, pasukan bolasepak Kelantan FA. Majoriti pelanggan gerai makan dan kuih ini adalah orang Kelantan dan menyediakan pelbagai menu asli negeri Kelantan yang sedap-sedap belaka.

Kalau nak cari Laksam, Lompat Tikam, Kuih Akok, Cek Mek Molek dan banyak lagi kuih lain masakan orang Kelantan, boleh singgah di Gerai Kelate Kito Taman Samudra Gombak.

Baca : Menu Nasi Berlauk Popular di Kuala Lumpur

 


Gerai Kelate Kito Taman Samudera Gombak Ada Jual Nasi Berlauk

gerai kelate kito

gerai kelate kito
 

Kalau nak cari Laksam, Lompat Tikam, Kuih Akok, Cek Mek Molek, pisang goreng, keropok lekor dan banyak lagi kuih lain masakan orang Kelantan, boleh singgah di Gerai Kelate Kito bersebelahan Giant batu Caves ini.

 

Kalau nak makan selain dari nasi Berlauk atau Laksam, kat sini ada juga menu Pisang Goreng, Keledek Goreng, Keropok Lekor dan banyak lagi, panas-panas dan sedap, Boleh ke Gerai Kelate Kito Batu Caves ni. Gerai ini terletak di kawasan bersebelahan dengan Pasaraya Giant Batu Gombak ni, gerai ni sahaja yang ada jual macam-macam menu masakan orang Kelantan.

Favorite kami kalau kat sini semestinya kami beli Pisang Goreng, Keledek Goreng, Laksam dan Lompat Tikam. Semua kuih dan makanan di Gerai Kelate Kito di Taman Samudra ni memang sedap. 

Nak tahu apa lagi yang best di Gerai Kelate Kito ini boleh la layari di laman Facebook https://www.facebook.com/pages/The-Red-Warrior-Selera-Kelate-Kito/345528115505803.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.