Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Gerai Nasi Kukus Sedap Dan Murah Di Dang Wangi Kuala Lumpur

Seakan tiba-tiba sahaja muncul di Kuala Lumpur, gerai makanan nasi kukus ni semakin menjadi bualan ramai warga kota Kuala Lumpur. Kami sendiri banyak kali melalui kawasan Jalan Dang Wangi, namun tidak langsung perasan gerai kecil ini. Namun kali ini, kami cari juga tempat makan yang viral sejak beberapa bulan yang lepas. Khabarnya, ramai peminat nasi kukus sanggup ke sini semata-mata untuk merasai sendiri keenakkan menu yang dihidangkan di gerai tepi jalan ini. Ini cerita kami, mencuba sendiri menu ikonik Gerai Nasi Kukus Sedap Dan Murah Di Dang Wangi Kuala Lumpur.

Updated : Baru tahu yang Gerai ini dikenali dengan nama Nasi Kukus Aulia Dang Wangi

Nak cari lokasi gerai ini mudah sahaja. Halakan sahaja perjalanan anda ke landmark Balai Polis Dang Wangi Kuala Lumpur. Lokasi gerai nasi kukus ini, terletak betul-betul bertentangan jalan utama, Balai Polis. Anda akan nampak sebuah van kecil dan beberapa khemah peniaga kecil yang terletak di tepi jalan. Jika memandu, anda boleh parking kenderaan di ruangan parkir berbayar di sekitar kawasan ini.

Baca : Nasi Kukus Hartamas

Gerai Nasi Kukus Sedap Dan Murah Di Kuala Lumpur

 


Gerai Nasi Kukus Sedap Dan Murah Di Balai Polis Dang Wangi Kuala Lumpur

Gerai Nasi Kukus Sedap Dan Murah Di Dang Wangi Kuala Lumpur
 

Gerai ini dibuka seawal jam 11.00 pagi katanya dan ditutup sekitar jam 3.00 petang. Mereka menyediakan menu makan tengahari membawa ke petang. Antara menu paling popular di sini ialah nasi kukus ayam berempah berserta sayur kubis, kuah dan sambal hanya berharga RM5 sahaja. Sangat murah. Rasa memang sedap, berbaloi sangat dengan harga yang dijual.

Bagi mereka yang tidak makan ayam, jangan risau, ada menu pilihan lain seperti lauk ikan keli, paru goreng dan telur goreng. Ada tambahan tempe, sayur dan juga sambal merah serta sambal hijau.
 

Gerai Nasi Kukus Sedap Dan Murah Di Dang Wangi Kuala Lumpur

Gerai Nasi Kukus Sedap Dan Murah Di Dang Wangi Kuala Lumpur

Gerai Nasi Kukus Sedap Dan Murah Di Dang Wangi Kuala Lumpur

Gerai Nasi Kukus Sedap Dan Murah Di Dang Wangi Kuala Lumpur

Gerai Nasi Kukus Sedap Dan Murah Di Dang Wangi Kuala Lumpur
 

Kami kali ini singgah untuk bungkus makanan dahulu. Disebabkan agak sibuk dengan dateline, kami tidak berpeluang untuk singgah makan di meja khemah yang sediakan. Bukan apa, sesetengah lokasi kedai macam ni memang lebih padu bila merasa makanan mereka di gerai. Menu street food Kuala Lumpur macam ni memang thrill kalau makan di gerai. Lebih feel kata budak-budak muda.

InsyaAllah, sekali lagi jika ada peluang kami singgah di Nasi Kukus Alia untuk cuba menu lain pulak di meja gerai ini.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.