Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Gerai Pokli Mee Celup Dan Coconut Shake Batu Caves

Menu mee celup kini menjadi kegemaran MrJocko. Kalau dulu, di kampung, mee celup ni dianggap menu makan petang dan menu makan ‘supper’. Harga pun murah. Tapi kalau di Kuala Lumpur, nak cari yang murah seperti di Kelantan, susah. Namun, jika mengidam nak makan mee celup dengan harga yang berbaloi, sedap dan lazat, boleh cuba ke Gerai Pokli Mee Celup Dan Coconut Shake Batu Caves.

Gerai Mee Celup Pokli ni antara gerai yang popular di Batu Caves, Selangor. Bukan sahaja ada menu Mee Celup, tapi ada banyak lagi menu ringan biasa, termasuk menu Nasi Sup. Kalau nak rasa air Coconut Shake pun ada.

Gerai Pokli Mee Celup Dan Coconut Shake Batu Caves

Gerai Pokli Mee Celup Dan Coconut Shake Batu Caves

Harga Mee Celup, Bihun Celup dan Kuey Teaw Celup biasa cuma RM3.00 sahaja sepinggan. Nak cuba rasa menu special, boleh cuba menu Mee Celup Telur Gedik, Bihun Celup Telur Gedik, Kuey Teaw Celup Telur Gedik, atau cuma menu campur Mee Mihun Kuey Teaw Telur Gedik dengan harga cuma RM4.00 sahaja.

Menu Maggi Celup juga ada, Nasi Sup pun ada bagi mereka yang nak makan berat sikit. Kalau nak lebih kenyang boleh order menu Mee Celup Double.

Gerai Pokli Mee Celup Dan Coconut Shake Batu Caves

Gerai Pokli Mee Celup Dan Coconut Shake Batu Caves

Gerai Pokli Mee Celup Dan Coconut Shake Batu Caves

Gerai Pokli Mee Celup Dan Coconut Shake Batu Caves

Baca : MrJocko sebagai Food Blogger

Untuk yang nak rasa menu Mee Celup Udang, kat gerai Mee Celup Batu Caves ini juga ada menyediakan menu Mee Celup Udang dengan harga cuma RM6.00 dan Mee Celup Udang Special cuma RM7.00. Mana nak cari harga mee celup yang murah sekitar Gombak dan Kuala Lumpur seperti kat sini.

Mungkin ramai nak tahu bagaimana nak ke gerai Mee Celup Kelantan di Batu Caves ni. Jadi, kalau nak cari lokasi Gerai Pokli Mee Celup Dan Coconut Shake Batu Caves, boleh google di Internet. Paling mudah taip saja nama kedai. Kalau tak jumpa, boleh tuju ke bangunan Poslaju Batu Caves.

Pilihan lain, anda boleh jenguk laman Fanpage Facebook mereka di https://www.facebook.com/Pokli-Mee-Celup-Coconut-Shake-277360026112760/

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.