Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Gerai, Sekejap Bukak, Sekejap Tutup

Sebelah kawasan condo MrJocko ada 2-3 gerai makanan yang menjual nasi lemak serta kuih muih diwaktu pagi. Satu gerai tu, memang selalu penuh, tetapi susah nak parking. Satu lagi kedai, yang menjualnya warga asing dari Indonesia dan satu lagi Kakak Melayu yang boleh dikatakan apa yang dijualnya sedap la jugak.
 
Yang kedai selalu penuh tu, malas nak singgah pasal memang susah nak dapat parking kereta berdekatan. Yang gerai warga asing tu, MrJocko tak bleh nak telan, tak kena dengan citarasa tekak. So, selalu singgah makan dengan Kakak Melayu yang jual nasi lemak, meehun dan kuih muih.
 
Masalahnya, Kakak ni meniaga ikut suka dia. Mula-mula bila dia tutup hari Isnin, ingatkan memang rutin dia ‘off’. Tapi selepas tu tengok hari Rabu pulak dia tutup kedai. Next week pegi Isnin, bukak balik, tutup hari Jumaat, adoiiii.
 
Sampai sekarang, MrJocko tak tahu hari apa sebenarnya dia ‘off’. Atau memang jenis dia meniaga bukak tutup ikut suka.
 
Menu yang dia masak rasanya dah ok, ada taste la, tapi bila selalu sangat bukak tutup, pastu bukak, pastu tutup, rasanya ramai pelanggan akan lari ke gerai lain, kan?
 
p/s : Gambar sekadar hiasan

 

4 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.